Di mana-mana sahaja, Masyarakat mula bercakap mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor semalam.
Calon BN, P. Kamalanathan berjaya menewaskan Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim, yang juga bekas Menteri Kabinet.
Mereka berpendapat, kemenangan itu membuktikan bahawa kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan dasar-dasar yang diperkenalkannya, semakin diterima oleh rakyat.
Pengundi Hulu Selangor menolak Pembangkang kerana merasakan bahawa parti itu gagal menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka selepas menang pada Pilihanraya UMUM (PRU) yang lalu.
Datuk Seri Najib selepas mengambil alih kepimpinan BN dan Negara, telah membuktikan hasarat beliau dan Kerajaan pimpinannya untuk membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat semua peringkat dan kaum.
Cara kepimpinan Datuk Seri Najib yang gemar mendekati rakyat dengan turun ke padang amat disenangi oleh masyarakat. Sehubugan dengan ini, Datin Seri Rosman Mansur juga membantu memainkan peranan sebagai isteri seorang Pemimpin yang turut mengambil berat kebajikan masyarakat terutama golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Begitupun, kemenagnan BN dilihat sebagai satu permulaan untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat, selepas prestasi yang tidak memberangsangkan pada PRU 2008.
Juteru, Ahli-ahli BN janganlah cepat bersikap terlalu yakin, kerana sedang menunggu selepas ini ialah PRK Parlimen Sibu di Sarawak.
Hindarkanlah majlis berupa pesta, sebaliknya memadai dengan mengadakan majlis kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi Hulu Selangor dan Jentera BN yang telah bekerja keras mempastikan kemenangan.
keputusan semalam setidak-tidaknya memberi gambaran sebenar kekuatan BN dan jadikan ia sebagai iktibar dan panduan kepada jentera parti dalam menghadapi PRK Sibu dan juga PRU ke 13.
Semoga kerjasama dan sepakat serta permufakatan rakan-rakan komponen BN akan lebih kuat selepas ini, kerana obor yang sama pasti akan dibawa oleh mereka untuk mempertahankan kerusi Sibu.
Parlimen Hulu Selangor adalah yang pertama dimenanggi oleh BN selepas gagal berbuat demikian di PRK Parlimen Kuala Trengganu dan Bukit Gantang (Pas- menang) serta Permatang Pauh (PKR- menang).
Diperingkat DUN pula, BN cuma menang tiap-tiap satu di Negeri Sarawak dan Negeri Sembilan, selainnya dimenanggi oleh samada PAS atau PKR.