Template by:
Free Blog Templates

18 September 2009

Umat Islam Disarankan Jangan Buruk Sangka

Kubu Gajah, Jumaat, 18 Sept - Alhamdullilah, walaupun dalam hujan yang turun agak lebat, tetapi majlis sumbangan raya di surau Kubu Gajah dan Mesjid Bukit Bertam, Selama selamat disempurnakan.

Ketika berucap ringkas di Masjid Bukit Bertam dan Surau Kubu Gajah, saya sekali lagi mengulangi seruan agar umat islam di semua peringkat kembali bersatu dan menggelakan sebarang permusuhan.

Bersempena denga sambutan Aidil Fitri ini, adalah kesempatanan yang terbaik bagi umat islam untuk berbaik-baik dan bermaaf-maafan, selain kujung-mengunjunggi jiran mereka.

Hindarkan sikap angkuh dan berbalah, jika pun ada perbezaan politik elakan lah sikap mendabik dada, kerana perjuangan politik tidak semestinya kita bermusuh.


Saya menggalakan JKKK agar sentiasa mengadakan aktiviti yang boleh mengeratkan perpaduan kaum.

Selain menyampai sumbangan raya untuk DUN Selama, beberapa orang penduduk juga menerima dividen projek ternakan lembu yang diadakakan di DUN Kubu Gajah.

Saya kemudian menyertai jemaah yang lain untuk mengerjakan solat sunat terwarih dan more di Masjid Felda, Ijok.

2 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Saya nampak rakyat di akar umbi telah pun bersatu..

Generasi muda pun tiada masalah bergaul bersama-sama walaupun berlainan fahaman politik..

Ini adalah satu petanda yang baik..













Reformasi Dan Transformasi – Generasi Muda Perlu Bersiap Sedia
>>> Klik Di Sini <<<

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

alhamdullilah, semoga kesedaran pentingnya ikatan perpaduan itu akan terus mekar, hendak pula pada ketika kita menyambut syawal. selamat menyambut hari raya aidil fitri, mohon maaf zahir dan batin.