Dalam apa situasi sekalipun Barisan Nasional (BN) tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan untuk mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Peral dibubarkan.
TimbalanPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berada di Perak Jumaat lepas juga meneghaskan bahawa Kerajaan BN Perak adalah sebuah Kerajaan yang sah yakin dengan kepimpinan Dr Zambry, malah juga menggesa semua pihak memberikan kerjasama dan sokongan kepada Menteri Besar untuk meneruskan usaha membawa kemajuan.
Segala-galanya berjalan baik dan tidak nampak kenapa DUN Perak harus dibubarkan semata-mata kerana desakan pembangkang.
Bahkan, Kesemua Ahli Dewan Negeri Perak (ADUN) BN telah bersepakat berdiri teguh di belakang Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan bersedia menghadapi apa jua rintangan untuk mempertahankan Kerajaan BN yang ada.
Hari ini, Ahad 6 Sept. Badan Perhubungan UMNO Perak mengadakan mesyuarat khasnya yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Bangunan UMNO di Ipoh.
Nama tunduk tidak sama sekali, ibarat kata perpatah membujur lalu melintang patah dan ADUN BN yakin Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Negeri tidak mudah gentar dan takut kepada sebarang tekanan dalam kemelut politik yang dicetuskan oleh Pembangkang.
Tidak dinafikan selepas kehilangan kuasa di Perak, pembangkang cuba melakukan apa sahaja asalkan mereka terus menjadi perhatian dan mendapat publisiti murahan.
Sepatutnya merka hentikan segala tindakan yang tidak mendatangkan menafaat itu. kenapa hendak adakan sidang dewan, sedangkan mereka sendiri telah hadir pada sidang Dun Kerajaan BN pada 7 Mei lalau dan secara tidak langsung telah mengiktiraf sidang berkenaan.

Jika mereka tidak mengiktirafkan sidang DUN pada 7 Mei kenapa mereka hadir. Ini bermakna merka sendiri sengaja menimbulkan kekacauan, tanpa memikirkan soal keamanan dan kesejahteraan boleh terjejas ekoran tindakan memanggil sidang dewan tidak sah pada 2 sept. lalu.
Kami ADUN BN hendak tenguk samada mereka akan hadir atau tidak pada sidang Dewan yang akan dipanggil oleh BN tidak lama lagi. Selepas sidang Dewan 7 Mei lalu, tempuh enam bulan yang ditetapkan oleh peraturan dan perintah tetap DUN bagi sidang diadakan ialah pada atau sebelum 7 Nov. yang akan datang.
Saya yakin mereka pasti akan hadir pada sidang yang akan dipanggil oleh BN, kerana mereka bimbang akan hilang kelayakkan sebagai seorang anggota DUN jika tidak hadir.
Rakat boleh lihat sendiri sikap mereka yang banyak menghabiskan masa dan mencetuskan huru-hara, bukan hendak berkhidmat dan bertanggung jawab sebagai seorang wakil rakyat yang telah diamanahkan.
Rakyat harus sedar sekarang dengan permainan politik murahan pembangkang yang tidak mahu menerima realiti bahawasanya Kerajaan BN Perak adalah sebuah pentadbiran yang sah dan wajar memberi sokongan padu untuk membolehkan kemajuan dicapai.
2 comments:
Kalau hak kita, kita perlu pertahankan..
Semalam Adalah Sejarah. Hari Ini Adalah Hadiah.
Esok Adalah Misteri.... Jangan permudahkan ;-)
>>> Blog 1 Malaysia <<<
insyallah, kami semua adun BN sepakat mempertahanka Perak demi masa depan rakyat dan negara. terima kasih atas sokongan, selamat berpuasa, semoga segala amalan diberkati allah s.w.t.
Post a Comment