Melihat kepada kehadiran pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) di perjumpaan bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ipoh malam tadi, seperti tiada sebarang masalah melanda mereka.
Dari raut wajah, pemimpin yang hadir kebanyakannya bersahaja, sedangkan umum tahu MCA sedang bermasalah, manakala PPP hampir selesai masalah dalaman mereka. MIC pula lebih kepada pemilihan parti, tidak lama lagi.
Keyakinan itu terserlah dengan kebanjiran lebih 1,500 orang pemimpin dan ahli BN termasuk UMNO di majlis berbuka puasa di kediaman Menteri Besar.
Namun begitu, Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN mengingatkan seluruh pemimpin komponen BN agar merapatkan ikatan mereka dan bersedia turun ke bawah atau turba bagi menyelesaikan masalah rakyat.
Beliau berharap masalah yang dihadapi oleh mana-mana komponen parti BN sebagai masalah dalaman dan wajar diselesaikan dengan baik demi menjaga imej parti itu sendiri sebagai sebuah parti besar di Negara ini.
Semua pihak dalam BN mestilah mengutamakan perpaduan, katanya dalam perjumpaan tertutup di kediaman Menteri Besar itu. Turut hadir Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang juga Pengerusi BN Perak, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Husni Hadzlah yang juga Menteri Kewangan Kedua dan Bendahari UMNO Pusat dan pemimpin dari MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

Mengenai kemelut yang dihadapi oleh Perak angkara Pakatang Pembangkang, Muhyiddin menegaskan "pedulikan mere" yang penting Kerajaan Perak pimpinan Dr Zambry adalah sah dan yakin mampu meneruskan usaha untuk membawa kemajuan.
Beliau juga gembira melihat sokongan padu anggota DUN BN dan rakyat terhadap Dr Zamry dan percaya rakyat semakin sedar dengan sindiwara pembangkang yang banyak menghabiskan masa daripada membela nasib rakyat.
Terdahulu dalama ucapan ringkasnya, Menteri Besar Perak mengumumkan bahawa satu retreat untuk semua pemimpin BN Bahagian di Negeri itu akan diadakan awal bulan Oktober sebagai usaha mengeratkan lagi silaturahim yang sedia terjalin.
Timbalan Perdana Menteri yang tiba pada sebelah petang juga telah hadir ke majlis penyampaian sumbangan raya di Mesjid Kampung Kepayang.

0 comments:
Post a Comment