Template by:
Free Blog Templates

3 September 2009

Anggota DUN BN Sepakat Desak Speaker


Ahli-Ahli Dewan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perak sepakat mendesak Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk R.Ganeson mengambil tindakan, menghadapkan anggota-anggota dari pembangkang yang menjadi dalang di sebalik mengadakan sidang tidak sah semalam ke Jawatankuas Hak dan Kebebasan.

Mereka ini boleh dikenakan tindakan kerana telah melanggar peraturan dan perintah tetap Dewan. lagi pun tindakan mereka ini agak melampau kerana menjejaskan nama dan imej badan perundangan di negara ini.

Selama ini, Ganeson dilihat banyak bertolak ansor, tetapi pembangkang mengambil kesempatan diatas sikapnya itu, walaupun Speaker telah mengeluarkan peringatan supaya tiada sesiapa dari mana-mana ADUN hadir di sidang yang dianjurkan oleh pembangkang pada 2 sept.

Speaker boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana beliau adalah Pengerusi yang dilantik pada sidang DUN pada 7 Mei lalu.

Tidak ada sebab kenapa Jawatankuasa tersebut tidak boleh memanggil mesyuarat bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan ahli-ahli Dewan.

Parlimen sendiri pernah mengambil tindakan menggantungkan ahlinya yang melanggar peraturan Dewan. Selangor yang diperintah oleh pembangkang, telahpun mengambil tindakan menghadapkan ahli-ahli yang dirasakan melanggar perintah tetap Dewan dan kemudian menggantungkan beberapa orang daripada mereka.

Perbuatan pembangkang itu bukan sahaja menimbul rasa meluat dan benci, tetapi kecewa yang amat sangat di kalangan rakyat Perak yang telah mula naik marah kerana mereka banyak membuang masa dengan tindakan-tindakan yang bukan sahaja merugikan diri mereka sendiri, tetapi menjadi contoh tidak elik kepada mata orang ramai.

Kalau beginilah, kelakukan mereka, bagaimana mereka boleh mewakili rakyat, sedangkan diri sendiripun mereka tidak boleh hendak uruskan.

Pakatan pembangkang seharusnya menerima hakikat bahawa mereka bukanlah lagi majoriti di DUN Perak. Mereka tidak boleh menyalahkan BN yang mendapat suara majoriti untuk menubuhkan Kerajaan baru.

Bersikap gentlemanlah, tunjuk lah satu tauladan yang baik sebagai sebuah parti pembangkang yang mampu memberi teguran terhadap Kerajaan, bukan menajdi pengacau hingga menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

Akibat perbuatan mereka itu, bukan sahaja merugikan rakyat Perak dalam tempuh beberapa bulan kebelakangan ini untuk membangunkan negeri, tetapi juga menjejaskan usaha menarik pelabur.

Apa salahnya mereka sama-sama memeberi peluang kepada pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir untuk membawa kemajuan yang kelak akan dirasai oleh semua pihak termasuk pembangkang itu sendiri.

Ketika masa Kerajaan pakatan pembangkang diberi peluang mentadbir Perak, BN tidak pun mencetuskan kekacauan. BN tidak pula menggangu majlis orang lain macam mereka.

2 comments:

mrcharm said...

Salam 1Malaysia YB Dato'.
Tahniah kerana mempunyai blog sendiri dan turut serta dalam kelompok bloggers yang aktif bagi mengimbangi lantunan gelombang reformasi.

Tahniah juga atas gesaan tersebut dan saya selaku Timbalan YDP Kesatuan Anak Anak Muda Islam Perak (KAMI), ingin turut menyuarakan luahan idea yang sama. KAMI, merasakan inilah masanya untuk Kerajaan BN bertindak dan menghukum mereka yang sering memperlekeh keputusan dan Ketetapan yang telah termaktub dlm sidang dewan yang lalu.

Tindakan menggantung Bekas Speaker amat wajar kerana secara terang-terang mereka menderhaka & membelakang titah Paduka Seri Sultan Perak.

Secara waras kita dapat membuat kesimpulan bahawa pakatan Pembangkang sudah kehabisan modal dan hanya ingin memainkan sentimen agar mendapat simpati sekumpulan rakyat yang diperbodohkan oleh mereka. Apa yang saya perkatakan disini, adalah merujuk laporan akhbar dimana mereka telah membuat mesyuarat dewan dan membuat ketetapan terhadap berbagai perkara mengikut citarasa mereka serta akan mengemukakan kebawah duli untuk diperkenan!!!

Saya katakan disini bahawa KUMPULAN PEMBANGKANG ADALAH BODOH/BAHALOL, kenapa?

i. Dlm buku Undang2 tubuh Negeri ada menyatakan " jika Menteri Besar itu telah tidak mendapat sokongan majoriti maka dengan sendirinya bahawa beliau telah kehilangan jawatan tersebut, tanpa perlu ada Mesyuarat untuk beliau didesak melepaskan jawatan. - Ini adalah fakta yang clear cut? Kenapa hendak dipersoal? Sedangkan mereka terdiri ramai Peguam yang arif dalam pentafsiran ayat tersebut.Ini jelas bahawa pembangkang inginkan publisiti murahan dan simpati rakyat.

2. Kelmarin sekali lagi mereka bermesyuarat dan juga membuat beberapa ketetapan dan keputusan serta menghukum beberapa individu Kerajaan BN. Disini saya nak tanya pd pembangkang yang ternyata ramai lawyer didalamnya. Kenapa BODOH & BAHALOL sangat, dahulu Sultan pun dah tak beri perkenan dan tidak mahu memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memerintah disebabkan hilang majoriti mudah.

Setelah menderhaka dan menempelak Sultan sekarang mereka mahu mengadap Paduka Tuanku dan mohon perkenan ketetapan yang mereka buat. Alahai kenapa lar desperate sangat dan macam orang meroyan. Sudah-sudah lar wahai pembangkang, belajar lar terima kenyataan bahawa ANDA sudah tidak memerintah lagi.Buat lar kerja untuk rakyat bukan hanya tahu menabur jamju.

Sekian & Ikhlas dari KAMI

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih kakipolitik. kepada mrcharm juga terima kasih atas keperhatinan. saya percaya datuk ganeson akan mengambil perhatian serious gesaan tersebut demi kepentingan rakyat seluruhnya. kita malu kerana imej wakil rakyat sebagai penggubal penggubal dasar dan undang-undang terjemas di mata rakyat. wakil rakyat adalah untuk berkhidmat dengan rakyat, bukan tunjuk tauladan yang tidak eluk. tingkah lalu wakil rakyat pembangkang hari ini rakyat perlulah nilai dan sedar, mereka banyak membazir masa daripada memberi pandangan untuk kebaikan negeri dann negara. selamat berpuasa, semoga segala amalan sepanjang bulan ramadan dirahmati oleh allah s.w.t.