Template by:
Free Blog Templates

25 September 2009

Siasat Rakyat Yang Melarat


Kubu Gajah, Jumaat - Ketua-Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Kesalamatan Kampung (JKKK) disarankan supaya mengenal pasti, anak buah mereka yang hidup dalam kategori miskin tegar untuk dibantu.

Ketua Kampung diminta agar tidak mengambil ringan mengenai masalah seumpama itu kerana sudah menjadi tanggung jawab mereka menjadi teliga dan mata Kerajaan.

Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telahpun menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi membantu Setinggan mendapatkan hak milik tanah. Bahkan, Kerajaan Negeri juga telah melonggarkan syarat kepada mereka yang telah mendudukki atas tanah Kerajaan untuk mendapatkan TOL.

Alhamdullilah, hasrat hendak membantu kesangsaraan seorang penduduk, Sopiah Ibrahim di Batu 20, dekat sini terlaksana juga. Bersama Ketua Kampung, Haji Mat Isa bin Harun, kami telah menghulurkan bantuan Raya kepada beliau.

Sopiah yang sebelum ini tinggal dalam pondok buruk dikelilinggi oleh semak samun, enggan berpindah ke rumah yang didirikan keluarga terdekatnya kerana mahu terus tinggal di tapak asal rumah yang didirikan oleh Bapanya.

Selain itu, Sopiah juga mendapat bantuan saraan bulanan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS).

Adik lelaki beliau yang turut hadir mengucapkan terima kasih kepada diatas keperhatinan terhadap kakaknya itu.

1 comments:

Budak Kuala Kenas said...

YB..

this is just a simple sign of ineffective government administration. Most of the officials are just busy looking after their own self interest which they learn from a sick party called UMNO..
Only 'disable' malays will support UMNO..