Template by:
Free Blog Templates

14 September 2009

Ramadan Yang Mulia Kepada Umat Islam

Kubu Gajah, Isnin 14 Sept - Harap maaf kerana tidak update laman blog ini beberap hari yang lalu kerana dalam bulan Ramadan ini tidak banyak aktiviti yang dijalankan, melainkan majlis berbuka puasa samada di DUN Kubu Gajah itu khasnya atau dalam Parlimen Larut pada keseluruhannya.

Selain majlis pengagihan keuntungan ladang rakyat yang diadakan pada Khamis lalu (10 Sept) di ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Larut, bantuan kepada ahli-ahli unit Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang akan diadakan pada hari Rabu ini, 16 Sept di perkarangan Bangunan PPK Batu Kurau.

Untuk majlis berbuka puasa dan sumbangan raya anjuran UMNO Bahagian tahun ini, ia telah diadakan di Mesjid Kampung Perak bagi DUN Batu Kurau pada 5 Sept. Bagi DUN Kubu Gajah program tersebut akan diadakan pada hari ini, Isnin 14 Sept. di Mesjid Bagan Bahru manakala untuk DUN Selama pada 17 Sept. di Mesjid Bukit Bertam.

Majlis berbuka juga diadakan di Surau Tebing Tinggi dan Kubu Gajah pada 15 Sept., 16 Sept. di Mesjid Pondok Tanjung dan 18 Sept. di Mesjid Kampung Mesjid Ijok dan Mesjid Sungai Jernih, juga di Ijok, selain surau Kampung Haji Mat Asit.

Majlis berbuka puasa yang telah dihadiri termasuk di Kediaman Perdana Menteri, datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Putrajaya dan di Kediaman Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir di Ipoh.

Jemputan yang sama juga diterima daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet serta NGO.

Beberapa Mesjid yang saya hadir untuk solat Terawih, ada juga tazkirah yang melibatkan tetamu dari Negara Arab yang mengimankan solat sunat tersebut. Diantaranya ialah Mesjid Green Town, Ipoh yang dihadiri oleh Datuk Bandar Raya Gaza, Palestin, Sheikh Ezuddin Mohamed Tayib yang mengadakan road show di Malaysia untuk mengisi Tabung Bantuan Palestin.

Saya pula dalam kesempatan di majlis yang dihadiri menasihatkan umat islam tentang pentingnnya mereka sentiasa mengutakan perpaduan ummah dan menggelakan sebarang permusuhan dalam situasi apa sekali pun.

Saya bimbang jika soal ini tidak dititikberatkan, imej islam akan terjejas dan bangsa lain akan hilang rasa hormat dan kepercayaan kepada masyarakat Islam itu sendiri.

Pergolakan yang menimpa nasib rakyat Palestin dan Umat Islam di beberapa Negara yang lain seharusnya lah dijadikan iktibar.

2 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Salam Ramadhan..












Semalam Adalah Sejarah. Hari Ini Adalah Hadiah.
Esok Adalah Misteri.... Jangan permudahkan

>>> Blog 1 Malaysia <<<

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

salam ramadan, sslamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin, semoga sambutan tahun ini mendatngkan kesejahteraan.