Template by:
Free Blog Templates

6 September 2009

Dun Perak Tidak Perlu Bubar


Semalam, Sabtu 5 sept. - Seperti biasa di bulan ramadan, Saya akan berbuka puasa dan memberi sumbangan raya kepada golongan masyarakat yang daif dan semalam giliran Mesjid Kampung Perak di Batu Kurau.

Dalam ucapan ringkas kepada masyarakat tempatan, saya mengingatkan bahawa orang lain akan mengambil kesempatan di atas perpecahan yang berlaku di kalangan umat islam dan jika keadaan ini dibiarkan ia merugikan umat islam itu sendiri.

Justeru, umat islam tidak boleh membiarkan sebarang perpecahan jika mereka mahu melangkah maju dan hanya dengan melalui perpaduan yang kukuh, sahajalah agama suci allah itu akan dilihat lebih unggul oleh masyarakat lain.

Malaysia adalah sebuah negara model contoh kepada umat islam di dunia dan status itu harus dipertahankan dengan mengeratkan lagi tali silarutahim.

Umat islam harus menggelakan diri daripada terperangkap dengan budaya fitnah yang tidak membawa apa-apa keuntungan dan ia adalah yang ditegahkan oleh ajaran islam itu sendiri.

Mengulas mengenai perlantikan Ketua Kampung, Saya juga berharap mereka yang telah menerima watikah baru-baru ini, akan menjadikan tugas dan tanggunjawab mereka itu penting kerana di bahu mereka jugalah segala amanah yang telah diberikan untuk memimpin masyarakat tempatan.

Janganlah mereka menerima tugas hanya semata-mata untuk mendapatkan elaun, tetapi mereka adalah mata dan telinga kerajaan, maka mereka mempunyai tanggung jawab yang harus dilaksanakan.

Keharmonian dan kesejahteraan di kampung juga terletak di tangan mereka dan mereka juga harus bersikap adil dalam menjalankan tugas masing-masing. Mereka juga ada KPI dan setiap tempuh perkhidmat mereka akan dinilai, sebelum diperbaharui perlantikan seterusnya.

Mengenai tindakan pembangkang yang membuat kecuh baru-baru dengan mengadakan sidang Dewan mereka, rakyat memberitahu bahawa rakyat tidak perlu gusar kerana Kerajaan Negeri Perak pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah sah dan tidak perlu DUN dibubarkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah membuat kenyataan bahawa Kerajaan Perak adalah sebuah Kerajaan yang sah dan jangan pedulikan dengan kerenah pembangkang, biarkan lah mereka.

Sebelum berbuka, telah diadakan majlis tahlil yang dipimpin oleh Ketua UMNO Cawangan Kampung Paya, Hasbullah Haji Alias dan Ketua Kampung Batu Kurau, Haji Tajuddin Ibrahim.

Turut Hadiri ialah Naib Ketua UMNO Bahagian, Fauzi Kassim, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Sawifah Yahya, Ketua Kampung Kampung Perak, Yahya Zakaria dan Ketua-Ketua UMNO Cawangan di DUN Batu Kurau.

Program di Kampung Perak itu adalah untuk DUN Batu Kurau manakala bagi DUN Kubu Gajah akan diadakan di Mesjid Bagan Bahru pada 14 Sept. dan di DUN Selama di Mesjid Bukit Bertam pada 17 Sept.

3 comments:

hafiz said...

semoga Perak terus makmur dibawah BN

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas sokongan, insyallah mudah-mudahan kita pohon dari allah s.w.t selamat berpuas semoga segala amalan sepanjang bulan ramadan diberbakti allah s.w.t.

PBK said...

mana nak bubar dun menang pun 65 undi je memang takdak teloqlah yb 1 malaysia