Rasa sedih dan menitis air mata menonton rakaman vedio mengenai kekejaman Israel ketas penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.
Rasa insaf yang amat sangat, mengenangkan nasib saudara Islaman kita di sana yang sentiasa hidup dalam ancaman dan ketakukan.
Rakyat Palestin di Gaza kini mengharapkan bantuan dan sokongan untuk membangunkan semula kota mereka, demikian rayu Datuk Bandar Gaza, Shaikh Ezuddin Tayib ketika berucap di majlis mengutip tabung Palestin di Mesjid Green Town di Ipoh. Majlis itu diadakan selepas solat Terawih.
Shaikh Ezuddin berada di Malaysia dalam road show mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin membangunkan semula Gaza yang musnah akibat serangan zionis israel yang tidak berperikemanusian itu.
Kehadiran beliau di Perak juga untuk mengeratkan lagi silaturahim antara Gaza dengan Bandaraya Ipoh.
Rakyat Palestin tidak pernah mengalah dan akan mengaku kalah atas perbuatan keji israel, sebaliknya terus berazam mempertahankan bumi mereka dan Mesjid Al-Aqsar dari pencerobohan musuh utama Islam itu.
Pada logiknya, Gaza yang mempunyai kira-kira 1.5 juta penduduk telah musnah dengan serangan israel yang menggunakan senjata canggih, tetapi alhandullilah berkat perlindungan Allah S.W.T. rakyat pelestin masih selamat.
Bahkan, kira-kira 10,000 anak kecil dan remaja masih mampu menghafal quran walaupun dalam tempuh dua bulan diserang oleh zionis israel, jelas sekali betapa tingginya semangat perjuangan merka terhadap agama.
Gaza musnah, semua bangunan dibom dan bekalan elektrik dan air terputus, tambah Shaikh Ezuddin dan rakyat palestin amat berterima kasih kepada Malaysia kerana merupakan Negara pertama yang sampai dengan bantuan kepada mangsa-mangsa serangan itu.
Israel menyerang Gaza kerana hendak musnahkan Agama suci Allah dan Mesjid Al-Aqsar iaitu tanah suci ketiga selepas Mekah dan Madinah.
Mereka jangan ingat semudah itu hendakmengusir rakyat palestin dari bumi tumpah darah mereka sendir dan mereka tetap akan mempertahankannya hingga ke titisan darah yang terakhir.
Israel menahan kira-kira 11,000 rakyat palestin yang tidak bersalah di penjara mereka dan sekarang dalam usaha mendirikan tembuk pemisah rakyat palestin dengan Mesjid Al-Aqsar.
Semoga dengan penderitaan rakyat palestin akan menyedarikan seluruh Umat Islam tidak kira di mana, pentingnya ikatan perpaduan Ummah sebagai nadi kekuatan dalam memperjuangkan nasib bangsa.
Justeru, kita di Malaysia juga seharusnya jangan berfikiran sempit, tetapi terbuka dalam konteks menjaga kepentingan Islam itu sendiri, walaupun perbezaan politik dan kefahaman.
2 comments:
Terima kasih datuk untuk maklum balas tentang masalah bas di pekan batu kurau..
Saya cadangkan kita bagi dekat syarikat red omnibus yg jalan pergi selama dan parit buntar.
Bas tersebut jalan dari taiping ke batu kurau sahaja. tak payah masuk kampung.
Ini bertujuan untuk memudahkan makcik-makcik dan maklong-maklong nak gi teping ambik duit yang anak hantar..sambil-sambil shopping kat tesco dan nak pergi tenguk org kampung masuk hospital.
Sekiranya BAS panjang kapasiti 40 penumpang membawa kerugian bas yang pendek kapasiti 15/25 penumpang boleh lah di gunakan.
Sekiranya masih kerugian lagi maka elok kita buka laluan bas dari Grik, ijok, dan ke taiping...lalu jalan sempitan....
Satu pusat pendidikan, seperti sekolah pertanian boleh dibuka berhampiran pusat ternak rusa di jalan sempitan Grik, Ijok
Datuk Seri, saya fikir elok kalau di lantik consultans untuk membuat satu kajian apakah benda yang terbaik untuk di bangunkan di tempat kita.
Ini bertujuan supaya tempat kita dapat di bangunkan dengan terancang, sekata dan memberi manafaat sepenuhnya untuk penduduk, tiada pembaziran berlaku, pembangunan untuk jangka masa panjang.
Bila konsultans yang membuat perancangan kertas kerja nya senang untuk di panjangkan kepada kementerian berkenaan dan boleh di maju kepada unit perancangan ekonomi.
Sebab saya lihat sekarang ni pembangunan tempat kita bercelaru, tiada objektif yang jelas. Kearah mana tujuan kita...
Sebab setiap kali saya perhatikan bila mesyuarat cawangan , orang tua minta jalan, orang muda mintak bola, mintak raket, mintak bulu tangkis.
Sampai bila nak mintak macam ni.Larat ka YB nak bagi..
Maka dengan satu kajian yang terperinchi dari pihak perunding, maka kita tahu tempat kita sesuai untuk di bangunkan sebagai apa..sebagai tempat pendidikan, sebagai tempat pelancongan atau pon sebagai tempat pertanian...
Kalau pertanian, mestilah pertanian kearah kemodenan..
Contoh jalan pulak ada projek kambus parit tali air buat jalan, bagi jalan tar kesetiap rumah..biasanya rumah penyokong UMNO..rumah org PAS tak dapat..Datuk seri Allah SWT turunkan hujan untuk semua orang dia tak turun kan untuk rumah orang islam sahaja, rumah orang kafir dia turunkan hujan...bagi la untuk orng PAS sama..WALAUPON MEREKA ADA BULAN UNTUK MENERANGI JALAN MEREKA..:)
terima kasih atas pandangan dan keperhatinan. saya sendiri telah minta satu pelan induk untuk batu kurau, kubu gajah dan selama di sediakan oleh jawatankuasa tindakan daerah yang diketuai oleh pegawai daerah sendiri. mereka sedang berbincang dengan epu bagi perlaksanaan projek yang sesuai. salam ramadan selamat menyambut ketibaan aidil fitri.
Post a Comment