Template by:
Free Blog Templates

16 September 2009

Masyarakat Melayu Terasa Dihina akibat Isu Selipar

Kubu Gajah, Rabu, 16 Sept. -Masyarakat Melayu harus sedar, kerana ada yang bukan setakat tidak menghargai toleransi orang melayu, malah berani mencaci dan menghina pemimpin melayu yang banyak berjasa kepada Negara seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri bukan sahaja berjasa dan berkhidmat cemerlang kepada kaumnya sendiri, tertapi juga mahu melihat masyarakat lain, turut hidup dalam keselesaan di Negara ini.

"patutkah ada mereka yang bukan sahaja tergamak, tetapi bersikap kurang ajar terhadap Dr Mahathir dengan menyarankan supaya digantung selipar ke gambar beliau, " tanya Saya.

Bahkan, perbuatan itu juga secara tidak langsung menghina orang melayu pada keseluruhannya dan sikap seperti itu tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa ada rasa bersalah dari pihak yang bersikap kurang ajar itu.


Perbuatan dan tindakan perwakilan MIC itu sudah keterlaluan dan ia boleh menaikan rasa marah dan kebencian di kalangan Masyrakat Melayu itu sendiri.

Justeru, mereka yang terbabit harus meminta maaf secara terbuka kepada Dr Mahahathir dan juga orang melayu, jika tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Mereka juga diingatkan supaya jangan cuba mengambil kesempatan dalam amalan demokrasi bersuara ini dengan tidak memikirkan sensitivi dan perasaan kaum yang lain.

Adalah menjadi hak Dr Mahathir untuk memberi teguran kerana beliau adalah sorang pemimpin yang berpengalaman luas yang telah memegang tampuk pentadbiran Negara lebih daripada 20 tahun.

Kepada kaum yang lain diingatkan supaya jangan cuba mengambil kesempatan diatas tolak ansur orang melayu dan juga mereka jangan cuba mencabar sikap kesabaran orang melayu selama ini.

Janganlah kerana sikap baik hati orang melayu, ada di kalangan mereka cuba naik atas kepala orang melayu itu sendiri. Hormatilah segala budi baik yang telah ditunjukan oleh orang melayu yang selama ini bersedia untuk berkongsi kuasa bersama dengan kaum lain di Negara ini.


Ketika berucap di majlis berbuka puasa dan sumbangan raya di Dewan Serbaguna Tebing, Tinggi, saya mengulanggi saranan pentingnya perpaduan di kalangan orang melayu itu sendiri jika mereka tidak mahu hilang rasa hormat dari kaum yang lain.

Orang lain mengambil kesempatan terhadap orang melayu kerana mereka merasakan bahawa orang melayu itu sendiri sudah tidak kuat kerana berpecah dan berebut kuasa.

Mengenai pembangunan di DUN Kubu Gajah, saya memberitahu bahawa perbincangan sedang dibuat untuk mendapatkan pembukaan dua buah kilang yang sesuai di DUN Kubu Gajah. Satu kawasan yang telah dikenalpasti dan sesuai untuk tujuan tersebut ialah di Kampung Teras dekat Ijok.

Saya juga telah meminta pentadbir Tanah Daerah menyediakan tapak bagi tujuan tersebut kerana projek ini boleh membawa keuntungan kepada penduduk tempatan terutama peluang pekerjaan.

3 comments:

Tok Pambu said...

Sudah tujuh kali PRK diadakan selepas PRU12. Malang sungguh bagi nasib BN/UMNO, cuma menang sekali sahaja di Batang Ai, Sarawak.

Sebenarnya BN/UMNO memang sudah tiada harapan lagi untuk menang dalam mana2 PRK atau pada PRU13 nanti. BN sudah tidak diterima oleh rakyat yang sudah sedar akan keburukan parti itu.

UMNO sebagai parti utama bermasalah kerana masih lagi ramai pemimpin yang 'rasuah' berada berkuasa dalam parti itu. UMNO tidak akan diterima rakyat selagi ianya tidak dibersihkan 100%.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

jauhilah dengki kerana dengki memakan amal kebajikan sebagaimana api memakan kayu bakar. (nabi muhammad s.a.w.) salam ramadan dan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin.

Unknown said...

Ermm saya tak rasa perbuatan ni sampai tahap menghina masyarakat melayu..ni lebih kepada masalah peribadi beliau ngn tun..