Template by:
Free Blog Templates

11 September 2009

Agensi Kerajaan Kaut Untung Jangan Lupa Rakyat Miskin


Kubu Gajah, Jumaat, 11 Sept. - Alhamdullilah, hasil keuntungan ladang rakyat Sungai Segar, lebih kurang 400 orang miskin dalam Parlimen Larut menerima sumbangan berjumlah beratus ribu ringgit.

Ladang rakyat terletak di DUN Kubu Gajah yang dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPPk) di atas kawasan seluas hampir 1,000 ekar dengan tanaman kelapa sawit.

Majlis Penyampaian sumbangan Raya itu disempurnakan oleh Wakil Menteri Besar Perak, Datuk Ramly Zahari yang juga Anggota Exco Kerajaan Negeri di Dewan Merdeka,Majlis Daerah Selama, dekat sini.


Pengagihan keuntungan Ladang Rakyat Sungai Segar itu dibuat setiap kali menjelang Hari Raya Aidil Fitri bagi menggurangkan bebanan mereka yang tidak mampu untuk membuat persiapan Hari Raya.

Saya menasihatkan setiap penerima sumbangan tersebut supaya menggunakan untuk persiapan keluarga mereka menghadapi sambutan Hari Raya.

Penerima sumbangan tersebut dibuat secara bergelir-gilir setiap kali pemberian itu hendak diadakan oleh PPPPk supaya lebih ramai merasai hasil keuntungan projek tersebut.

Saya dan ADUN Selama, Datuk Haji Mohd Daud Yusof turut menyampaikan sumbangan tersebut manakala di DUN Batu Kurau disampaikan oleh ADUN Batu Kurau sendir, Datuk Kapt (B) Najmuddin Haji Alias.


Selaku Ketua UMNO Bahagian Larut, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerpada PPPPk kerana usahanya mengagihkan hasil keuntungan projek Ladang Rakyat Sungai Segar.

Saya berharap banyak lagi agensi Kerajaan yang lain yang mengautkan keuntungan yang banyak dapat membuat kerja amal, membantu rakyat miskin yang tinggal di kawasan dimana projek mereka berkenaan dilaksanakan.

1 comments:

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

pentingnya perpaduan melayu adalah juga demi perpaduan ummah,jika melayu berpecah selagi itu lah melayu akan berada dalam delima untuk pergi lebih jauh ke hadapan. selamat berpuasa semoga segala amalan sepanjang bulan ramadan ini diberkati allah s.w.t.