Template by:
Free Blog Templates

8 September 2009

Pelajar IPT Juga Bertanggungjawab


Kubu Gajah, Selasa, 8 Sept. - Pelajar-pelajar Pusat Pengajian Tinggi (IPT) tidak harus merasa puas hati hanya dengan segulung ijazah, jika mereka gagal membela nasib masyarakat setempat.
Mereka hendaklah mengikis sikap memadai dengan masuk universiti dan lulus. Dunia hari ini cukap mencabar dan Negara memerluan rakyat yang berkreativiti bagi membantu mempercepatkan usaha kemajuan.

Ketika menutup program Residential College Mesra Outreach (RECMO) VIII 2009, pelajar-pelajar Universiti Teknoli Petronas di Felda Ijok, dekat sini saya menasihatkan mereka supaya bersedia menerokai segala peluang yang disediakanoleh Kerajaan jika mereka ingin berjaya dan pergi lebih jauh.

Mereka jangan hampakan segala harapan ibubapa dan keluarga yang telah berkorban untuk mempastikan mereka mendapat tempat belajar di IPT dengan terbabit dalam aktiviti tidak bermoral seperti demonstrasi.

Demonstrasi bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang, tetapi tidak mendatangkan kebaikan dan keuntungan serta ia bukanlah jalan penyelesaian.

Negara akan hura-hara jika undang-undang tidak dihormati dan dibiarkan berada di tangan rakyat. Kita harus mengambil iktibar dengan keadaan yang berlaku di Negara-Negara yang mengalami kehancuran ekoran tindakan demonstrasi.


Pelabur akan merasa takut dan Pelancong juga semakin berkurangan jika sesabuah Negara itu diselubunggi dengan demonstrasi dan kekacauan.

Pelajar-Pelajar IPT harus digalakan supaya kerap turun ke bawah megadakan program-program bersama masyarakat desa, kerana pendekatan itu akan membawa banyak menafaat yang berguna kepada pelajar dan juga masyarakat itu sendiri.

Apabila mereka berada di kampung secara tidak langsung akan memberi semangat kepada pelajar-pelajar sekolah rendah untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, selain menghidupkan lagi suasana kecerian di kalangan remaja, terutama mereka yang telah tamat persekolah dan tidak melakukan apa-apa di kampung.

Saya mengalu-alukan mana-mana IPT yang ingin mengadakan aktiviti mereka di DUN Kubu Gajah, kerana cara itu akan membantu menggera dan merancakkan lagi usaha ke arah pembangunan.

Saya sendiri dalam usaha menmajukan DUN Kubu Gajah sebagai Agro-Tourism, juga sedang berunding dengan pihak-pihak tertentu untuk mendirikan beberapa kilang bagi mewujudkan peluang pekerjaan.

2 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Merekalah aset untuk masa depan negara..















Semalam Adalah Sejarah. Hari Ini Adalah Hadiah.
Esok Adalah Misteri.... Jangan permudahkan
;-)
>>> Blog 1 Malaysia <<<

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

betul, kerana mereka adalah permata dan amat sayang jika mereka ini tergelincir di landasan yang tidak betul.