Kubu Gajah, Khamis 17 Sept - Ternyata rakyat di peringkat akar umbi juga peka mengenai perpauan Ummah demi kebaikan Masyarakat Islam itu sendiri.
Justeru, Mereka mengenepikan perbezaan politik bila soal perpaduan ini diutamakan. Semalam ketika saya berada di Kampung pondok Tanjug untuk berbuka puasa, Ketua UMNO Cawangan, Zulkifly Badul Shukur menyambut baik saranan saya dan membuat pengakuan ikhlas bahawa mereka penduduk-penduduk di situ sentiasa mengutamakan permuafakatan.
Saya percaya jika masyarakat di bawah bersatu, tidak ada sebab pemimpin yang diatas tidak boleh bersama dalam memikirkan soal perpaduan ini demi masa depan masyarakat islam itu sendiri.
Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Ramai yang melahirkan rasa dukacita bila ada pemimpin yang menolak dan menutup pintu untuk berbincang mengenai soal perpaduan kaum ini,hanya kerana berkepentingan politik diri sendiri.

Sesuatu bangsa itu mudah tidak dihormati oleh bangsa yang lain jika mereka sendiri berpecah belah. Umat Islam akan bertambah kuat jika mereka hidup bersatu. Tetapi kerana perpecahan, kuasa besar yang lain mengambil kesempatan untuk menguasai negara-negara Islam yang berpecah, sebagaimana yang berlaku keatas beberapa Negara Islam di Dunia.
Perpaduan lebih dilihat kepada membawa banyak keuntungan dan faedah kepada masyarakat islam itu sendiri. Tetapi jika mereka berterusan berbalah, ia boleh membuatkanmasyarakat pada umumnya hilang rasa hormat dan kepercayaan.
Seperti kata perpatah, bersatu teguh bercerai kita roboh, juteru masyarakat mestilah melihat pentingnya perpaduan dan menggelakan permusuhan.

Pada majlis tersebut juga disampaikan sumbangan raya termasuk kepada Jawatankuasa Mesjid. Sebelum itu, Saya juga menyampaikan sumbangan zakat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau sebanyak RM 18,000.
Lebih 100 orang ahli unit Pkk menerima sumbangan termasuk fakir-fakir miskin. Para penerima kemudian diraikan dalam majlis berbuka puasa.
Lebih 100 orang ahli unit Pkk menerima sumbangan termasuk fakir-fakir miskin. Para penerima kemudian diraikan dalam majlis berbuka puasa.
3 comments:
Aslmkm, YB. kata-kata YB orang akar umbi mahukan perpaduan ada TIDAK benar, ini kerana ada Ketua Cawangan/Ketua Kampong yang bersikap memecah belahkan. Contoh d Kampung Medan SELAMA. Ada orang nak pinjam kemah/barang2 persiapan kenduri tidak di benarkan. Sedangkan barang2 tersebut adalah barang koperasi kampung BUKAN nya harta UMNO. Tetapi Ketua UMNO/Ketua Kampung Medan TIDAK BENARkan untuk digunakan olih penduduk/ahli. Cuba YB Datuk siasat perkara ini. Cara begini buat masyarakat marah/menyampah sikap Ketua Cawangan UMNO. Sedangkam profesion sebagai Guru amat memalukan.
Salam YB, saya sering megikut perkembangan YB sejak YB wakil Parlimen sampailah ke ADUN Batu Gajah. Tetapi saya tidak pernah buat apa komen dalam blog YB. TETAPI perangai Cik GU Rauf ini dah melampau. Pada 18/9 ketika baca blog YB terdapat aduan penduduk Kg Medan d Selama mengenai sikap Cik Gu - Ketua Kampung Medan AMAT JENGKIL sekali. Memang YB saya juga ahli UMNO yang setia TETAPI sekarang ni dah meluat dengan sikap begini Ketua Cawangan UMNO Kpg Medan.
Selamat Hari Raya YB. Jika ada kelapangan datang le ke rumah Kg Medan pada Hari Raya Ketiga belakang Dewan Kg Medan.
terima kasih atas perhatian. saya akan siasat perkara ini, insyallah. salam ramadan dan selamat menyambut aididl fitri maaf zahir dan batin.
Post a Comment