Template by:
Free Blog Templates

7 September 2009

Alfatihah Ismail kembali Ke Rahmatullah

Kubu Gajah, Isnin, 7 Sept. - Alfatihah diatas kepulangan Allahyarham, Ismail bin Sulaiaman, 80 tahun Bapa kepada Ketua UMNO Cawangan Gua Petai, Othman Ismail dalam UMNO Bahagian Larut yang telah pulang kerahmatullah, pagi ini di Selama Kedah, dekat sini.

Menurut Othman, Jenazah Bapanya akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Bangol Rashid, Selama Kedah selepas Asar.

Saya dan keluarga serta UMNO Bahagian Larut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham semoga rohnya sentiasa disisi orang-orang yang solleh.

7 comments:

rizuan mh said...

assalamualaikum Dato'..

saya doakan YB Dato' terus sihat dan dikurniakan kesejahteraan yg terbaik untuk terus berkhidmat di kawasan YB.

saya harap Dato' terus bersemangat lawan juak-juak pembangkang. Perak perlukan pemimpin yang lantang seperti Dato'. Jangan bagi peluang seinci pun untuk juak-juak ni menyalak di Perak, lebih-lebih di Larut dan khususnya di Selama.

saya harap juga Parlimen Larut dan semua DUN dibawahnya akan terus kekal di bawah payung BN/UMNO. saya sebagai anak jati Selama nak tengok pekan kami terus membangun seiring dengan kemajuan daerah lain. dah lama rasanya tak ikut program Dato'..terasa benar kemeriahan dan kemesraan Dato sewaktu jd AP dulu.

semoga Dato' dapat terus berkhidmat dgn cemerlang untuk rakyat di Larut, lebih-lebih lagi di Kubu Gajah dan Selama juga.

salam.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas sokongan dan keperhatinan, insyallah saya sendiri berusaha untuk membawa pembangunan di selama, kubu gajah dan batu kurau, di dun kubu gajah, usaha sedang dibuat mengwujudkan sebuah pusat pentadbiran baru termasuk pejabat penghulu, balai polis, bomba dan pejabat kerajaan yang lain. proek perumahan rakyat bependpat miskin juga sedang dirangcangkan. saya juga telah mengenal pasti beberapa buah kilang dan masih di peringkat perundingan, selain perlaksanaan pusat ternakanan nasional di pondok tanjung. jalan teras, ijok ke selama sedang dalam pelaksanaan manakala jalan bukit jana, kamuntng ke anak kurau tunggu tender. meluruskan jalan selama, pondok tanjung ke ulu sepetang juga dalam proses dapatkan peruntukan. insyallah, projek pelancongan juga diusahakan. terima kasih selama berpuasa.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

dalam menghadapi pembangkang, kami semua sudah sepakat dikalangan adun bn untuk mempertahankan kerajaan bn pimpinan menteri besar, datuk seri dr zambry abdul kadir.

AnTi AljUbuRi said...

Saya bukan anak Perak, bukan juga ahli umno, tapi ahli PAS ...

Saya doakan Dato dan umno terus
menjaga Negeri Perak dari pencerobohan pengkhianat yang diketuai oleh anu war al juburi !!

Perjuangan kita tidak terbatas oleh parti, puak dan golongan apabila Islam kita jadikan pedoman!!

Kepupusan kuasa orang Melayu membawa kepada kemusnahan Islam!

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

insyallah, yang penting kita lihat soal perpaduan bangsa itu sendiri, tidak kira jika pun ada perbezaan kefahaman politik. demi bangsa, agama dan tanahair, akan kita pertahankan perjuangan samada di peringkat atau pun negara. salam ramadana,semoga segala amalan di sepanjang bulan buasa ini di rahmati oleh allah s.w.t.

tabuan said...

akm dato, pekan batu kurau bila agak nya nak membangun saya dah umoq 29 tahun tapi se ingat saya pekan batu kurau masih dok lagu tu, tiada perubahan. walaupon masa datuk jadi adun dan juga ahli parlimen utk kawasan ini.

orang kampung sekitar sini, contoh pantai besar, kg hj. mat asek, kg sg. Ara, relang, pulau damar, jemerang star, gudang, masih lagi naik brek sapu kalau nak ke pekan batu kurau.

Bila nak ada pengankutan awam? dulu tahu 1989 hingga 1993 ada bas northen malaya, lepas mapuih bas tu sapai hari ni tak dak..

orang kg nak gi tesco juga datuk, nak beli barang murah juga datuk, barang kat kg mahal, pak menteri mana ada masa nak kawal harga barang kat kg.

Tak kan tahun 2020, penduduk batu kurau masih lagi nak nek brek sapu datuk..

Pekan batu kurau pulak hanya ada Bank BSN sahaja. lepas tu selalu out of service, orang kg nak amik duit pon susah nak kena gi kamunting. jauh datok nak kena naik teksi..bas tak dak..

Bila nak ada bank? org batu kurau masih setia sokong BN walaupon dah 52 tahun datuk!!!

Bila batu kurau atau pon kawasan parlimen kita nak ada university datuk? tak kan nak buat pusat serenti jer datuk..

agak nya bila penduduk batu kurau akan menikmati kualiti hidup yang lebih baik...ada hospital, ada BAS pengankutan awam, ada balai bomba, ada university, ada kolej, ada bank, ada pasaraya....

saya tak la mahu lihat penduduk sini yang selama 52 tahun menyokong kerajaan Barisan Nasional, apabila tiba tahun 2020 yang mana malaysia dah menjadi negara maju org batu masih jauh ketinggalan, masih naik brek sapu...masih lalu jalan kona-kona kat kilang rotan..

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

masalah bas ini, tak ada syarikat yang sanggup sebab banyak kereta sapu di batu kurau.saya dah minta bas blue ribbon, tapi mereka juga beri alasan yang sama. saya dah maklumkan kepada lpkp minta mara linter masuk, itu pun mereka buat sekadar sosial obligation. sejak northern malaya rugi, tak ada bas yang hendak masuk ke sana, itu pun semasa saya jadi pengerusi lpkp saya desak juga sebuah syarikat jalankan, walaupun mereka merungut rugi. kereta sapu ini pula adalaha orang-orang tempatan yang mencari rezeki dan permit jika dikeluarkanpun kenderaan mereka sudah tidak layajk lagi menjadi kereta sewa. terima kasih atas keperhatinan, selamat berpuasa semoaga segala amalan diberkati allah.