Template by:
Free Blog Templates

27 September 2009

Seriouskah Pembangkang Pulau DUN?

Apahkah Pakatan Pembangkang serious untuk memboikot sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan datang? itu lah persoalan yang timbul dalam fikiran Saya.

Apakah mereka hendak pulau terus sidang dengan tidak hadir langsung atau barangkali hadir sekejap kemudian bertindak memulau seperti tanda protes? Adun-Adun BN pernah berbuat demikian, ketika membantah tindakan Speaker ketika itu, tetapi tidak memulau terus. Inilah persoalah yang menjadi tanda tanya?

Kebutulan saya terserempak dengan seorang pemimpin pembangkang, saya secara sepontan bertanyakan mengenai tindakan Pakatan Pembangkang itu, beliau hanya tersenyum, seolah-olah ia tidak akan berlaku.

Saya setuju dengan pandangan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang menyifatkan semua itu adalah sindiwara Pembangkang untuk menarik perhatian rakyat.

Seperti tidak masuk akal Adun-Adun Pembangkang bertekad memboikoit sidang Dewan kerana jika mereka berbuat demikian mereka dengan sendirinya telah melanggar peraturan dan boleh menyebabkan hilang hak mereka sebagai anggota Dewan, kerana tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat dalam tempuh enam bulan.

Andainya, mereka tidak mengiktiraf sidang DUN pada 7 Mei yang lalu, kenapa mereka hadir. Mereka seharusnya kekal dengan pendirian dengan sidang yang mereka buat dibawah pokok pada awal Mac.

Ternyata semuanya ini adalah gimik politik murahan untuk menarik perhatian umum. Barangkali Pembangkang semakin terasa bahawa mereka semakin hari semakin hilang kepercayaan dari rakyat Perak itu sendiri akibat tindakan mereka yang banyak lebih kepada membuang masa dan mencetuskan kekacauan.

Mereka sengaja menimbul masalah kepada pihak keselamatan bila mengadakan perhimpunan haram di perkarangan Bangunan SUK di Ipoh baru-baru ini, pada hal mereka sudah pun menempah tempat bermesyuarat di sebuah hotel. Logiknya tidak mungkin tempahan dewan bagi seramai itu dibuat dalam masa terdekat tanpa dbuat tempahan lebih awal.

Kita tunggu bila Kerajaan BN pimpinan Dr Zambry panggil sidang dewan selepas mendapat perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak bagi sessi yang akan datang iaitu dalam tempuh selepas enam bulan selepas mesyuarat 7 Mei lalu, bagi membincangkan bajet 2010 apa kah benar-benar Pembangkang mengotakan janji merek untuk memulaukan sidang.

Amat merugikan jika Pembangkang terus bersikap membuang masa dan mengelirukan rakyat dengan tindakan yang tidak mendatangkan apa-apa faedah itu.

Semalam di majlis jamuan Hari Raya sempena kunjunggan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Isteri ke di kediaman Menteri Besar, kami di kalangan Adun BN masih tertanya-tanya, mengenai perkara itu. Dr Zambry sekadar tersenyum bila saya bertanyakan mengenai hal tersebut.

Tan Sri Muhyiddin berada di ipoh kerana menghadiri kenduri kahwin anak saudaranya dengan anak seorang usahawan tempatan.

17 comments:

hanizam said...

salam lebaran dato'

saya kurang percaya pembangkang akan buat begitu...rugi kalau dorang tak datang sidang DUN, boleh dorang buat perangai "beruk" terlepas kandang...

kelmarin saya beraya di rumah saudara di sungai siput & felda lasah, betul ke akan ada pilihanraya kat PERAK, sebab DUN akan bubar??adakah ini satu lagi gimik pembangkang???kalau tak silap, bulan November depan..pembangkang akan mintak Sultan PERAK untuk memberikan perkenan pembubaran DUN...

Moga nizar & the geng yang giler talak tidak menjadi kenyataan...AMIN...

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

memang tak masuk akal mereka tak datang sidang DUN, kerana mereka akan hilang kelayakan untuk bertanding lagi dalam tempuh 5 tahun. percayalah, tidak akan ada tindakan membubarkan dun, semua itu hanyalah gimik politik pembangkang. rakyat perak pun dah naik muak dengan perangai adun pembangkang yang telah banyak mempersia-siakan amanah rakyat. salam aidil fitri daripada saya sekeluarga maaf zahir dan batin.

Anonymous said...

akm..dato ..selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..

Saya beraya di Batu kurau..

1.Jalan Jam teruk start dari Jelai sampai Batu Kurau, terlalu teruk.

2.Ramai merungut pasal jalan masuk kampung kelian yang sempit dan terlalu sukar untuk berselisih. kampung kelian dalam DUN kubu gajah kan dato..

3. Ramai merungut pasal air paip bukit yang merah akibat kesan pembalakan.Pembalakan haram dan halal.Nak masuk air kerajaan mahal.

4. Ramai seronok dan gembira dengan kewujudan masjid baru, balai polis baru, dewan serbaguna di pantai besar, padang futsal,..ramai merasa bangga dengan Adun batu kurau Kapt(B) najidmuddin ilyass...

5.Kepada kapt(B) teruskan usaha mu..kami akan terus memeberi undi,ada perubahan yang saudara Kapt(B) bawakan ...Terima kasih kapten

dari tabuans.......

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

masalah di kelian kerana tiada lagi risab jalan masuk ke dalam. tahu sahajalkah bukan senang hendak ambil tanah orang kampung. mengenai mesjsid batu kurau, alhamdullilah, saya perolehi peruntukan rm 1 juta daripada datuk seri najib ketika beliau menjadi timbalan pedana menteri dan saya menjadi ahli parlimen larut manakal rm 500 ribu lagi saya dapatkan daripada bekas mb perak, dseri tajol rosli. salam aidilfitri maaf zahir dan bati.

tabuan said...

akm..dato

betul kata dato memang susah nak ambik tanah org kampung, tapi heran juga macam mana begitu mudah kerajaan ambik tanah cina di bandar.

1.Adakah kerajaan membayar harga tanah Cina di bandar? Sekiranya di bayar mengapa tanah orang melayu di kampung kerajaan tidak boleh membayar.

2.Saya pasti sekiranya bayaran di buat pasti org kampung akan bagi dan bagi sesetengah tanah di kelian belum pon ada geran.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

bukan masalah pengambilan tanah, tetapi ada orang kampung yang tidak mahu membenarkan tanah mereka diambil untuk memperbesarkan jalan kampung. pengambilan ini berbeza dengan projek lebih raya atau jalan besar, yang saya maksudkan ialah jalan-jalan kampung yang membabitkan milik orang ramai. salam

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

bukan masalah pengambilan tanah, tetapi ada orang kampung yang tidak mahu membenarkan tanah mereka diambil untuk memperbesarkan jalan kampung. pengambilan ini berbeza dengan projek lebih raya atau jalan besar, yang saya maksudkan ialah jalan-jalan kampung yang membabitkan milik orang ramai. salam

AnTi AljUbuRi said...

Salam Dato ..

Walaupun saya bukan rakyat Perak, dan masih berdaftar dengan pembangkang, saya mengharapkan kerajaan negeri sekarang terus kekal demi kesinambungan ugama, bangsa dan kedaulatan tanah air !!!

Rakyat Perak seharusnya bersyukur kerana terlepas dari bala akibat dari kelemahan dan pendek akal pimpinan pembangkang Islam yang bagaikan Lebai Malang yang ayam sabungnya menang tetapi kampungnya tergadai !!!

Semoga setiap kita mengambil pelajaran dari setiap peristiwa yang berlaku ..

tabuan said...

akm..dato, maaf bercakap....

1.Dato kata org kampung tak mahu bagi tanah tersebut. Mengapa kerajaan negeri tak gunakan Kanun tanah negeri yang mana mengambil tanah untuk tujuan memberi kemudahan kepada org ramai.

2. Sekiranya kita selalu memberi alasan tak boleh, sampai bila alasan ini akan di gunakan. Apakah tiada langsung usaha untuk mengatasi masalah ini.

3.Buat masa ini pelebaran tak perlu sebesar jalan persekutuan, hanya lebarkan sekaki di sebelah kanan dan sekaki di sebelah kiri. Atau pon di buat tempat kereta berselisih bagi setiap 50 meter.

4. Saya mohon maaf bercakap tentang hal ini, saya bertujuan untuk menyampai kan masalah rakyat.

P/s pak long Halim kampung Pulau Damar tak Padah/ jemput makan kenduri kahwin anak dia kerrr......

hafiz said...

salam Dato'

Saya Rasa masalah ni sama macam masalah pekan Batu Kurau yang masih Koboi..masalah tanah & Tuan tanah tak nak benarkan kerajaan ambil tanah tersebut untuk dibangunkan..

memandangkan saya anak jati Batu Kurau..memang ambil tahu sedikit sebanyak la..

p/s..
Dato pernah datang rumah saya dulu..siap makan nasi lagi (Time jadi ADUN Batu Kurau Dulu ler)

Anonymous said...

tok sila baca pasal keluhan anak rantau batu kurau di......http;//www.tabuans.blogspot.com

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

maaf tidak dapat update laman blog ini kerana berkursus tiga hari di luar neger perak. mengenai isu pengambilan tanah ada dua penjelasan di sini.pertama tanah di kampung sukar hendak diambil untuk tujuan projek pembangunan, katakanlah sebagai contoh hendak mempebesarkan jalan kampung, tetapi tidak tidak boleh dibuat demikian kerana pemilik tanah enggan membenarkan tanahnya untuk digunakan bagi tujuan tersebut, tidak timbul soal hendak membeli. mengenai guna kanun tanah negara, sepanjang yang saya faham, ianya hanya boleh digunakan untuk tujuan projek jalan raya tidak kira negeri mahupun persekutuan atau lebih raya, tetapi tidak jalan-jalan kecil di kampung. itulah masalah yang sering kita hadapi. banyak kampung yang hendak dibina jalan, titi atau apa juga projek, tetapi jika pemiliknya enggan membenarkan, tidak boleh buat apa-apa. begitu jugalah dengan pembanguna semula pekana batu kurau, jika projek ini dibangunkan, tidak ramai bumi putera yang dirasakan mampu memilikinya, akhirnya ia sudah pasti jatuh ke tangan orang lain. tetapi alhamdulillah semasa saya menjadi adun batu kurau, dengan projek menaikan semula taraf jalan batu kurau-kamunting yang sebelum ini berbengkang bengkuk, telah membantu mempermudakahkan lagi masyarakat batu kurau dan sekitarnya untuk ke bandar taiping pada bila-bla masa. satu lagi projek berjuta-jura ringgit telah pun untuk tujuan membina jalan dari bukit jalan ke anak kurau. apa pun terima kasih atas keperhatinan. salam aidil fitri.

julee said...

A case of the robber telling the victim to be law abiding.

Respect for the law is respect of the people rights! And the people have the right to the government they chose.

So how about letting them decide in an fresh election?

San said...

I presume the Royal Commission of Inquiry on the Lingam video scandal has revealed everything about the judiciary. So I feel it is no use commenting about their judgments.

kentanjim said...

Oh my gosh! The pretender is not even a wakil rakyat and he is acting as if he got the mandate from everyone in Perak!

reek said...

Malaysian must wake up now and kick BN out from the federal government. If Malaysians dreaming about BN can change, it will be a disaster for Malaysia. I don't want to mention all the wrongdoings of BN - it will be a long list that this page will never able to feed in.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

daripada membuat fitnah dan melemparkan keburukan ada baiknya ikut proses demokrasi dan perundangan. rakyat boleh buat keputusan secara sihat melalui pilihanraya. salam aidil fitri.