Template by:
Free Blog Templates

4 September 2009

Kutbah Iman Mesjid Negeri Tidak Jelas

Jika saya tidak sembahyang Jumaat di Mesjid Negeri di Ipoh hari ini, tidak mungkin saya berjumpa dengan bekas Iman Mesjid berkenaan yang kini dilantik Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Noor alhafiz.

Agak lama, kami tidak bertemu. Kalau adapun hanya melalui telefon. Semenjak menjadi orang kuat Jabatan Agama, baru hari ini berjumpa semula. Itupun kebetulan, semasa saya mengambil tempat di lantai bawah Mesjid Negeri, sebelum solat Jumaat.

Tetapi kami tidak sempat berbual lama, kerana sebaik Iman hendak mulakan kutbah Jumaatnya, tiba-tiba pembesar suara tidak kedengaran di lantai bawah tempat duduk kami, lantas Mohd Noor bangun dan naik ke atas untuk mencari punca berlakunya masalah tersebut.

Kebetulan juga, Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Rahim Ariffin duduk di sebelah saya, memberitahu jika tidak silap beliau sudah tiga kali Jumaat, masalah pembesar suara itu berlaku dan pendengarannya juga kurang jelas.

Jika tidak silap saya juga masalah itu bukan pertama kali berlaku, sebelum ini pun pernah hingga timbul rungutan kepada jemaah kerana tidak dengar dengan jelas Kutbah dan bacaan Imam.

Masalahnya jika semua jemaah naik ke tingkat atas Mesjid akan menjadi padat dan tidak selesa, maka sebab itu ada setengah daripada mereka lebih selesa sembahyang di bawah, tetapi tadi ternyata pembesar suara di bawah, bukan sahaja kurang jelas, tetapi agak sayu bunyinya.

Diharap masalah itu dapat segera diperbetulkan dan saya percaya kehadiran Yang Dipertua Jabatan Hal ehwal Agama Islam Negeri, perkara pembesar suara itu tidak berpanjangan ke Jumaat depan.

Mesjid Negeri adalah satu-satunya Mesjid yang bangunannya setinggi dua tingkat, berbanding dengan Mesjid Sultan Azlan Shah di Jalan Dairy dan Mesjid baru Green Town, kesemuanya cuma satu tingkat.

0 comments: