
Apakah mereka hendak pulau terus sidang dengan tidak hadir langsung atau barangkali hadir sekejap kemudian bertindak memulau seperti tanda protes? Adun-Adun BN pernah berbuat demikian, ketika membantah tindakan Speaker ketika itu, tetapi tidak memulau terus. Inilah persoalah yang menjadi tanda tanya?
Kebutulan saya terserempak dengan seorang pemimpin pembangkang, saya secara sepontan bertanyakan mengenai tindakan Pakatan Pembangkang itu, beliau hanya tersenyum, seolah-olah ia tidak akan berlaku.
Saya setuju dengan pandangan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang menyifatkan semua itu adalah sindiwara Pembangkang untuk menarik perhatian rakyat.
Seperti tidak masuk akal Adun-Adun Pembangkang bertekad memboikoit sidang De

Andainya, mereka tidak mengiktiraf sidang DUN pada 7 Mei yang lalu, kenapa mereka hadir. Mereka seharusnya kekal dengan pendirian dengan sidang yang mereka buat dibawah pokok pada awal Mac.
Ternyata semuanya ini adalah gimik politik murahan untuk menarik perhatian umum. Barangkali Pembangkang semakin terasa bahawa mereka semakin hari semakin hilang kepercayaan dari rakyat Perak itu sendiri akibat tindakan mereka yang banyak lebih kepada membuang masa dan mencetuskan kekacauan.

Kita tunggu bila Kerajaan BN pimpinan Dr Zambry panggil sidang dewan selepas mendapat perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak bagi sessi yang akan datang iaitu dalam tempuh selepas enam bulan selepas mesyuarat 7 Mei lalu, bagi membincangkan bajet 2010 apa kah benar-benar Pembangkang mengotakan janji merek untuk memulaukan sidang.
Amat merugikan jika Pembangkang terus bersikap membuang masa dan mengelirukan rakyat dengan tindakan yang tidak mendatangkan apa-apa faedah itu.
Semalam di majlis jamuan Hari Raya sempena kunjunggan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Isteri ke di

Tan Sri Muhyiddin berada di ipoh kerana menghadiri kenduri kahwin anak saudaranya dengan anak seorang usahawan tempatan.