Template by:
Free Blog Templates

12 October 2011

Tanah





Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Kecil Selama yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Haji Harun Rawi, pagi tadi.

Mesyuarat lebih tertumpu kepada penyelesaian permohonan tanah yang tertunggak atas tanah tersepil oleh individu.

Kawasan untuk tapak Industri juga telah turut dibangkitkan bagi membuka peluang pekerjaan di Daerah Kecil tersebut.

Pembukaan tanah rancangan Pertanian secara berkelompok juga turut dibincangkan di mesyuarat yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama, Datuk Mohd Daud Yusop dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kecil Selama, Haji Mohd Yusof Abustan.

Masalah tapak rumah bagi beberapa lagi kawasan yang telah dikenal pasti untuk rancangan perumahan Kampung Tersusun juga turut dibincangkan.

Senarai permohonan simpanan menyertai rancangan tanah berkelompok jugd dibangkit dan dibincangkan.

0 comments: