Template by:
Free Blog Templates

13 October 2011

Dun-Lawatan














Seperti biasa, setiap kali Saya ke FELDA, Ijok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, Saya akan melawat Peneroka yang uzur, terutama di kalangan warga emas.

Mereka begitu gembira diatas kedatangan Saya kerana sudi melawat mereka. Diantara mereka yang Saya lawat ialah Haminah binti Sudin, 75 tahun yang tinggal bersama suami, Haji Ibrahim bin Maarof, 83 tahun yang juga uzur.

Saya kemudian, melawat peneroka, Saadiah binti Abu, 70 tahun yang juga warga emas dan ibu tunggal di FELDA, Ijok.

Seorang lagi yang Saya lawat di tanah rancangan itu ialah, Dom Yah binti Abdullah, 83 tahun ibu tunggal dan warga emas.

Kesemua mereka adalah diantara peneroka terawal yang dipilih menyertai FELDA, Ijok semenjak ia mula dibuka pada tahun 1962.

Turut hadir Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman dan Ketua Puteri Cawangan FELDA, Ijok, Junaidah binti Ismail, yang juga Naib Ketua Puteri Bahagian LARUT.

0 comments: