Template by:
Free Blog Templates

20 October 2011

Pasir






Masalah sungai dan tebing sungai yang semakin musnah akibat hakisan dan pencemaran semakn membimbangkan terutama bila berlaku hujan lebat.

Saya sendiri turun melawat keadaan beberapa batang sungai dan keadaan tebing yang runtuh akibat hujan lebat.

Paling memburukan lagi keadaan ialah pencemaran air sungai akibat aktiviti pembalakan dan pengambilan tanah.

Banyak sungai bertukar menjadi keruh akibat kegiatan pembalakan yang mendorong kepada tebing sungai runtuh.

Saya berharap masalah ini dapat diatas dengan segera pihak-pihak yang bertanggungjawab di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kebu Gajah.

Saya tidak menolak pembalakan, tetapi mereka yang terlibat haruslah bertanggungjawab agar ia tidak menjejaskan keadaan kawasan tebing sungai yang mudah rebak dan runtuh.

Masalahnya jika berlaku hujan lebat ia akan mengancam keselamatan penduduk kerana limpahan air sungai akibat dari kejadian tebing sungai rebak dan runtuh.

Turut hadir dalam lawatan meninjau keadaan sungai di sekitar muiim Ijok, petang tadi ialah Jurutera Kanan Daerah Larut, Matang dan Selama, Mokhtar Hasran dan beberapa oran Pembantunya.

0 comments: