Template by:
Free Blog Templates

22 October 2011

FELDA-Sakit









Melawat seorang anak peneroka di FELDA, Ijok yang sedang sakit di rumah sewanya, pagi tadi selepas dimaklumkan.

Abdullah bin Hashim, 48 tahun sakit jantung dan tinggal bersama empat orang anak yang masih kecil. Isteri beliau mengambil upah menjahit.

Saya berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah dapat membantu bagi menggurangkan bebanan keluarga berkenaan memandangkan Abdullah tidak lagi boleh bekerja.

Saya juga turut melawat seorang peneroka, Idris bin Kamaluddin, 83 tahun yang juga warga emas dan merupakan diantara peneroak terawal.

Beliau tinggal bersama dengan isterinya, Che Bee binti Nayanan, 65 tahun.

Seorang lagi yang sempat Saya lawat dalam program turun ke padang ialah Rehan binti Yusof, 79 tahun, ibu kepada Zamzinar, seorang ahli belia yang cukup aktif di FELDA.

Turut hadir ialah Penyelia Kemas Parlimen Larut, Nordin Abu Hassan, Ketua Kampung, Haji Shukur Haji Jaman dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian LARUT, Juraidah binti Ismail.

0 comments: