Template by:
Free Blog Templates

23 October 2011

Mekah






Meraikan Ketua Kampung Kampung Sangkut, Mat Zan atau Abu bin Kassim yang akan berangkat menunaikana fardu haji dalam majlis membaca yassin di rumah mertuanya di Bangol Jerai di Kampung Mesjid, Ijok.

Mat Zan, 60 tahun merupakan calon tunggal pertama yang dipilih mewakili Ketua-Ketua Kampung peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah tajaan Kerajaan Negeri untuk menunaikan Haji musim ini.

Ini adalah kali pertama Kerajaan Negeri memilih seorang calon Ketua Kampung bagi setiap DUN berbanding sebelum ini.

Mat Zan akan berlepas ke Tanag Suci pada 27 Oktober ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan balik pada awal bulan Disember.

Pada majlis meraikan Mat Zan itu, Ketua-Ketua Kampung yang turut hadir ialah Jamaluddin Mat Isa dari Kampung Sungai Jernih, Abdul Wahab Mat Yatam (Kampung Teras) dan Nor Azman Mokhtar (Kampung Mesjid).

Didoakan semoga Mat Zan selamat mengerjakan Haji pergi dan balik.

0 comments: