Template by:
Free Blog Templates

2 October 2011

Perpaduan










Negara akan huruhara jika perpaduan kaum tidak dititiberatkan, justeru soal perpaduan tidak boleh dikompromi demi keamanan dan kesejahteraan.

Rakyat Malaysia beruntung kerana mempunyai seorang Perdana Mentreri seperti Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang sentiasa mengutamak kepentingan rakyat.

Tindakan beliau untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jelas sekali betapa Kerajaan pimpinan beliau lebih mengutamakan rakyat daripada kepentingan politik.

Justeru, ISA dihapuskan tidak ada kaitan dengan kepentigan politik Barisan Nasional (BN) dan Pembangkang harus melihat kebaikan ini dan jangan menangguk di air yang keruh dengan pendekatan terbaik Kerajaan ini.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis sambutan Hariraya Aidilfitri dan Perpaduan kaum anjuran UMNO Cawangan Pondok Tanjung, petang tadi.

Turut Ketua UMNO Cawangan Pondok Tanjung, Zulkifli Shukur, Ketua Kampung, Abdul Kadir Abdul Rahman dan pemimpin komponan BN yang lain.

Saya turut menegaskan, mereka yang menolak perpaduan samalah mereka yang tidak mengutamakan keamanan dan kesejahteraan.

Kira-kira 200 orang tetamu pelbagai kaum hadir di jamuan tersebut yang diadakan di dewan Orangramai Pondok Tanjung.

0 comments: