Template by:
Free Blog Templates

4 October 2011

lawat





Seorang peneroka di FELDA, Ijok yang lumpuh terkejut dan terharu diatas lawatan Saya ke rumahnya di peringkat 4, petang tadi.

Muhamad bin Samad, 73 tahun amat bersyukur kerana Saya sudi melawat beliau yang kini hanya tinggal di rumah setelah jatuh sakit beberapa bulan yang lalu.

Muhamad yang bertongkat dan merupakan diantara peneroka terawal di tanah rancangan tersebut kini tinggal brsama dengan isterinya, Sariah binti Mohd Khalit.

Lawatan itu adalah merupakan program turn ke padang yang telah sekian lama Saya lakukan bagi meninjau keadaan masyarkat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Turut hadir ialah Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman yang juga Pengerusi Mesjid tanah rancangan tersebut.

0 comments: