Template by:
Free Blog Templates

23 October 2011

Deepavali












Masyarakat India tidak perlu bimbang dengan kemampuan dan kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam memajukan rakyat di Negara ini tidak mengira bangsa, tetapi yang penting rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Masyaraat di Negara ini bertuah kerana sekalipun tinggal dalam masyarakat berbilang bangsa, tetapi Kerajaan BN berjaya mengstabilkan politik dan ekonomi mereka.

Saya berkata demikian di majlis sumbangan Deepavali anjuran Kelab Bell Belia Tamil Selama dan sebuah Syarikat Tempatan di Dewan Kampung Tersusun Kubu Gajah, petang tadi.

Turur hadir Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama, Datuk Radzi Awang Kecik dan Pemimpin Belia.

Ada pihak yang suka melihat berlakunya perpecahan kaum kerana ia akan menguntungkan politik peribadi mereka, justeru masyarakat harus berwaspada dengan perbuatan tidak sihat ini.

Kerajaan menolak demonstasi kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya menggangu gugat keamanan dan kesejahteraan rakyat semata-mata.

Rakyat semua kaum harus bersedia untuk menghadapi keadaan yang lebih mencabar jika mereka ingin terus hidup dalam keadaan maju dan berjaya.

0 comments: