Template by:
Free Blog Templates

22 October 2011

Tadika






Pergolakan yang berlaku di Negara Islam yang lain harus menjadi tauladan kepada umat Islam di Negara ini agar mengutamakan perpaduan.

Krisis yang berlaku itu belum tentu menjain masa depan cerah dan stabil dan ia mengambil masa yang lama untuk memulihkannya.

Saya berkata demikian di majlis pelancaran gotong royong perdana Kemas peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajahdi FELDA, Ijok, pagi tadi.

Turut hadir Pegawai Kemas Daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Sailan, Penyelia Kemas Parlimen Larut, Nordin Abu Hassan dan Ketua Kampung FELDA, Ijok, Shukur Haji Jaman.

Negara ini bertuah kerana mempunyai Perdana Meneri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dan perpaduan demi stabilan politik dan ekonomi.

Perpecahan akan hanya merugikan keanaman rakyat dan jika ini berlaku elemen luar akan mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaaan.

Mengenai gotong royong yang dijalankan oleh Kemas itu, ia adalah satu budaya dan amalan yang sihat bagi memupuk semangat perpaduan.

Bergotong royong juga boleh menggalakan budaya berdispilin dan nilai hidup yang tinggi, disamping mencetuskan semangat saling membantu.

Budaya bergotong royong juga boleh menggurangakn bebanan Kerajaan dalam menjalankan program di kawasan luarbandar.

Saya juga berharap masyarakat luarbandar menolak sebarang dakyah yang cuba memecahkan belahkan perpaduan rakyat dengan memburuk-burukan keupayaan Kerajaan.

0 comments: