Template by:
Free Blog Templates

12 October 2011

Lawatan














Jasa pemimpin terdahulu dalam UMNO Bahagian LARUT tidak pernah dilupakan dan Saya sendiri akan sentiasa melawat mereka, sekalipun mereka tidak lagi aktif kerana uzur.

Saya singgah melawat, bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Sungai Ara, Shamsiah binti Yeop, 68 tahun yang sedang sakit di rumahnya.

Beliau yang begitu terharu diatas kehadiran Saya kini tinggal bersama dengan suami di rumah mereka.

Turut hadir Ketua UMNO Cawangan Sungai Ara, Haji Halil Abdullah yang juga Ketua Kampung dan Setiasuauah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Abdul Karim Bahari.

Dalam program padang itu, Saya juga melawat Warga Emas, Sadiah binti Mat, 76 tahun yang sakit tua di rumahnya juga di Sungai Ara.

Seorang lagi warga emas, Haji Lob bin Salleh, 87 tahun juga di Kampung Sungai Ara. Beliau tinggal bersama isteri, Sopiah binti Mat Kernia, 72 tahun.

di Kampung Haji Mat Asheh, Saya melawat Haji Yob Basri bin Abu Bakar, 70 tahun dan isteri, kedua-duanya warga emas yang sakit.

Seorang lagi ialah Samsuddin bin Jamin, 88 tahun, bekas bilal Mesjid Kampung Pantai Besar yang juga sakit tua.

Saya berharap kesemua mereka dapat dipertimbangkan bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Larut, Matang dan Selama.

0 comments: