Template by:
Free Blog Templates

9 October 2011

Perjumpaan UMNO










Orang Melayu harus sedar bahawa mereka bakal kehilangan kuasa dan kedudukan jika mereka terus berpecah.

Sebaliknya, jika mereka bersatu, orang Melayu akan terus dihormati dan disegani kerana kekuatan politik yang mampu mereka tampilkan.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis bersama UMNO Cawangan Changkat Perah dalam Bahagian LARUT.

Turut hadir Ketua UMNO Cawangan Changkat Perah, Mat Daud Napi dan Ketua-Ketua UMNO Cawangan yang berhampiran.

Kejatuhan Melayu Melaka jelas sekali kehilangan kuasa Orang Melayu sehinggalah selepas Kemerdekaan pada 1957, kuasa Negara dan di peringkat Negeri diterajui oleh Orang Melayu sekalipun secara berkongsi.

Tetapi, jika orang melayu memilih untuk terus berpecah, mereka sendiri akan menerima nasib yang malang.

UMNO tidak pernah menolak soal perpaduan Melayu kerana itu adahlah merupakan prinsip perjuangannya.

Tetapi yang menyedihkan ada kalangan mereka yang begitu rakus kepada kepentingan politik perbadi, sanggup mengenepikan dan mengutamakan soal perpaduan melayu dan ummah.

0 comments: