Template by:
Free Blog Templates

8 October 2011

Perjumpaan UMNO













Pembangkang tidak harus memandaang negatif bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Meneri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, semalam.

Pembangkang, sebaliknya harus menerima realiti betapa kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib untuk memajukan rakyat dan Negara.

Saya berkata demikian ketika berucap dalam majlis taklimat kepada semua Jawatankuasa Petugas Pilihanraya di 46 peti undi dalam Parlimen Larut di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Untuk DUN Selama yang turut dihadiri Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Daud Yusof diadakan di Dewan Orangramai Taman Permai manakala di DUN Batu Kurau diadakan di Bangunan UMNO dan DUN Kubu Gajah di Dewan Masyarakat Kampung Tersusu Kubu Gajah.

Selaku Ketua UMNO Bahagian Saya turut mengambil ingatan pandangan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa belum masanya BN mengadakan Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 pada tahun ini.

Begitupun, ia bukanlah satu keputusan, tetapi terpulang kepada Datuk Seri Najib untuk mengadakan PRU itu pada bila masa yang dirasakan sesuai.

Yang penting Jentera BN termasuk UMNO sudah bersedia untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa ia diputuskan tarikhnya.

Saya juga turut mengingatkan ahli-ahli UMNO agar berhati-hati ketika mengeluarkan pendapat dan pandangan agar jangan sampai berlaku salahfaham dana perbalahan hingga boleh menjejaskan parti.

Mengenai soal Calon sudah menjadi tradisi perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan setelah berbincang dengan kepimpinan Bahagian.

0 comments: