Template by:
Free Blog Templates

16 October 2011

Deepavali












Malaysia sebuah Negara hebat kerana mampu memupuk semangat perpaduan pelbagai kaum berbanding dengan Negara Maju yang lain, sekalipun tinggal sebagai sebuah kaum.

Masyarakat semua kaum bertambah yakin dengan kesejahteraan dan keamanan tinggal di Negara Malaysia dengan semangat dan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu sendiri yang mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat.

Pembentangan bajet 2012 sebagai bukti, rakyat tetap diutamakan dengan bantuan RM 500 bagi setiapa seisi rumah yang berpendapatan dibawah RM 3,000 sebulan.

Beberapa pendekatan lain seperti usaha menghapuskan Akta Keselamatan Negara (ISA) yang dilakukan oleh Perdana Menteri menjadikan rakyat semakin yakin dengan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Saya berkata demikian di majlis perasmian penutup Sambutan Forum Diabaetis dan Sumbangan Deepavali di Pondok Tanjung, tengahari tadi.

Saya berharap rakyat tidak mudah terpedaya dengan propaganda Pembangkang dan janji-janji yang tidak berasas.

Negara akan maju jika rakyat mahukan kemajuan dan menolak politik dan pemikiran yang sempit yang langsung tidak mahu menerima hakikat mengenai keeibawaan Kerajaan BN.

Turut hadir Penceramah jemputan, Dr Azeem Ahmad dan Pengerusi MIC Pondok Tanjung, V.Balakrishnan dan Ketua Pemuda MIC Cawangan, S.Gobalan.

0 comments: