Template by:
Free Blog Templates

1 October 2011

Mantan Ketua Cawangan Uzur







Melawat bekas Ketua UMNO Cawangan Sungai Jernih dalam Bahagian LARUT yang uzur di rumahnya, petang tadi.

Idris bin Hamid, 75 tahun atau lebih disenanggi dengan panggilan Pak Ngah Yeh akan menjalani pembedahan matanya tidak lama lagi.

Beliau yang memegang jawatan Ketua Cawangan agak lama begitu terharu diatas kunjungan Saya dan ini bukan kali pertama kerana sebelum ini juga Saya pernah melawat beliau.

Jasa Idris tetap dikenang. Beliau kini tinggal bersama isteri dan beberapa orang cucu di sebuah rumah pemberian Kerajaan.

Turut hadir Ketua UMNO Cawangan Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa yang juga Ketua Kampung dan Ketua UMNO Cawangan Kelian Gunung, Zulkifli Hussein dan Ketua UMNO Cawangan Teras, Abdul Wahab Yatim dan Ketua UMNO Cawangan Bendang Luas, Rosli Shamsuddin.

0 comments: