Template by:
Free Blog Templates

15 October 2011

Paip





Masalah air paip ke kawasan Ladang Lembah Keluang dalam Dewan undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah akhirnya selesai, selepas projek yang Saya pohon akhairnya diluluskan oleh Kerajaan.

Sebanyak RM 200,000 telah diperuntukan bagi perlakanaan projek pemasangan bekalan paip air bersih.

Juru perunding dan kontrektor perlaksanaan projek itu juga telah dilantik dan kini menunggu kerja-kerja pemasangan.

Saya melawat tempat longgokan paip untuk projek tersebut di Lembah Keluang bagi mempastikan ianya dilaksanakan mengikut jadual.

Saya juga berharap Kontrektor yang terpilih bagi melaksanakan projek itu dapat memulakan kerja-kerja pembinaan secepat mungkin kerana kemudahan air di situ sangat-sangut diperlukan.

Projek bekalan air bersih itu akan memberi kemudahan kepada para pekerja Ladang Lembah Keluang.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Tebing Tinggi, Azemi Sabran.

0 comments: