31 October 2011
JKKK
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) harus diiktiraf oleh semua pihak dan ia janganlah dilihat hanya untuk kepentingan mana-mana golongan atau kumpulan.
JKKK adalah ditubuh dan dilantik oleh Kerajaan Negeri serta juga Kerajaan Pusat untuk membantu mentadbir perjalanan peringkat Kampung.
Mereka ini adalah dibawah naungan Menteri Besar di peringkat Negeri dan mereka adalah Mata dan Telinga Kerajaan.
Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan program bergotong royong KEMAS peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah yang diadakan di perkarangan Dewan Orangramai Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung, petang tadi.
JKKK adalah juga agensi yang akan mempastikan perpaduan di peringkat Masyarakat dan bertanggungjawab dalam menjalan program bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Kampung.
JKKK diberikan tauliah untuk mewakili Kerajaan dan tanggungjawab mereka amatlah penting dalam mempastikan kemajuan dan keselamatan setiap Kampung.
JKKK adalah juga sebuah badan bagi mempastikan usaha-usaha permuafakatan rakyat dan mulai tahun ini mereka diberikan peruntukan untuk menjalankan kegiatan bagi faedah penduduk.
Saya berharap tidak ada mana-mana pihak yang memperkecil-kecilkan kewibawaan dan peranan JKKK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan Kerajaan.
Mesra Penduduk
Seperti biasa dalam program turun padang saya akan mengambil kesempatan untuk menemui penduduk tidak kira di mana mereka berada.
Pada pertemuan itu, Saya akan bertanya khabar dan mendengar jika ada masalah yang ingin dibangkitkan oleh mereka.
Melalui cara itu ia akan memudahkan lagi tindakan yang boleh Saya ambil bagi pengetahuan pihak atasan menyelesaikannnya.
Cara itu juga amat menyenangkan penduduk yang dapat meluahkan masalah yang mereka rasakan perlu diberikan perhatian.
Mereka juga merasakan Wakil Rakyat harus banyak turun ke padang kerana cara itu lebih berkesan untuk menemui rakyat.
30 October 2011
Jalan Rosak
Saya amat kesal dengan kerosakan begitu teruk jalan ke Ladang Lembah Keluang dekat Kubu Gajah.
Kerosakan itu telah menyulitkan ramai pengguna terutama penduduk Ladang berkenaan terutama dalam cuaca buruk.
Justeru, Saya berharap pihak-pihak yang terbabit menyebabkan kerosakan jalan itu akibat jentera berat yang digunakan agar segera mengambil tindakan memperbaiki kerosakan itu.
Saya akan membawa perkara ini ke mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama yang akan datang bagi tindakan sewajarnya keatas pihak-pihak yang menyebabkan jalan itu rosak.
Saya mengadakan lawatan sekali lagi ke situ berikutan hujan lebat sejak akhir-akhir ini dan mendapati jalan di situ semakin teruk.
Saya telah meminta Ketua Kampung Tebing Tinggi, Azemi Sabra dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memanggil pihak-pihak yang terlibat bagi membincang untuk menyegerakan membaiki jalan yang rosak itu.
Bekalan Air
Meninjau kerja-kerja pemasangan paip bekalan air di Ladang Lembah Keluang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah yang bermula sembilan hari lalu.
Lawatan itu bagi mempastikan kerja-kerja bekalan projek bernilai RM 200,000 oleh sebuah kontrektor yang dilantik dijalankan mengikut jadual dan spekfikasi yang telah ditetapkan.
Projek itu dijadualkan siap pada pertengahan bulan November ini dan ujian akan dilakukan oleh Lembaga Air Perak (LAP) minggu depan.
Saya memohon peruntukan bagi projek bekalan air tersebut daripada Kerajaan bagi kemudahan penduduk di Ladang Lembah Keluang menikmati air bersih.
Saya berharap masalah air di Ladang tersebut terutamanya tidak lagi timbul berikutan dengan langkah Kerajaan menyediakan bekalan tersebut.
Ceramah
Majlis ceramah mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mohamed Fairus Khairuddin di Kampung Mesjid, Ijok.
Dalam ceramah lebih dua jam itu, Dr Fairus menjelaskan kenapa beliau bersedia mengorbankan Jawatan dan Pangkat serta gaji yang besar semata-mata kerana meletakan perjuangan bangsa dan Agama lebih utama.
Ceramah itu mendapat sambautan dan perhatian ramai pihak yang hadir untuk mendapatkan penjelasan sebenar kenapa bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sanggup meletakan jawatan yang begitu penting.
Sebelum Pakatan Mengambil alih Negeri Pulau Pinang selepas Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu diantara bekas Timbalan Ketua Menteri ialah Datuk Seri Dr Helmi, Datuk Seri Shariff Omar dan Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, yang kini Duta Malaysia ke Manila.
29 October 2011
Memancing
Aktiviti luar di kalangan para belia harus digalakan bagi memupuk semangat cintakan kekayaan tempat sendiri.
Jika budaya seumpama tidak dimulai dari sekarang, masyarakat terutamanya belia hanya lebih tertarik kepada apa yang dilihat diluar, sedangkan banyak yang boleh dibanggakan di tempat sendiri.
Justeru, Saya berharap Badan Pelancongan Negeri Perak turun ke bawah untuk melihat banyak tempat menarik yang boleh diperkenal dan dimajukan.
Szya berkata demikian ketika berucap meresmikan pertandingan Menancing peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah di kolam ternakan Udang Galah, Sungai Jernih, Ulu Ijok, petang tadi.
Agak mendukacitakan banyak program homestay bagaikan hidup segan mati tidak mahu kerana kurangnya galakan daripada pihak-pihak tertentu memperbanyakan program menarik pelancong tempatan.
Kerajaan membelanjankan wang yang begitu banyak bagi tujuan menggalakan pelancong tempatan menggunakan kemudahan homestaya, selain memberi peluang kepada masyarakat tempatan menyertai bidang pengurusan, tetapi ia dilihat hanya sebagai hangat-hangat tahi ayam.
Bagaimana, kita hendak mempromosikan produk tempatan, jika program homestay inipun gagal dilaksanakan dengan baik.
Sebanarnya banyak tempat menarik seperti di sekitar DUN Kubu Gajah ini khususnya di Lata Tebing Tinggi dekat Sungai Jernih untuk menarik pelancong, tetapi tiada sebarang usaha yang positif yang telah diambil setakat ini bagi menggalakannya.
Sekolah
Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri Perak mengingatkan semua pengursuan Sekolah agar tidak bertolak ansur dengan mana-mana Pembekal makanan yang gagal menjamin tidak berlaku keracunan makanan.
PAC telah memberi amaran agar tidak berlaku sebarang masalah pemakanan kepada pengurusan Sekolah-Sekolah berasrama penuh Agama Kerajaan Negeri.
Setakat ini, tiada sebarang kejadian keracunan dikalangan pelajar berlaku, namun langkah ketat harus diambil bagi mempastikan mereka (pembekal) berkenaan tidak mengambil mudah keatas segala arahan yang diberikan.
Jika ada pembekal terbabit membekalkan barang-barang tidak mengikut kehendak dan spekfikasi, tindakan menyenarai hitamkan mereka harus diambil.
Saya mempengerusikan Mesyuarat PAC di Ipoh semalam yang turut dihadiri Ketua Audit Negeri Perak.
Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan Hari Kokurikulum dan Temasya Sukan 2011 Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, pagi tadi.
Turut hadir Guru Besar Sekolah, Zaharani binti Othman dan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa (PIBG), Jamaluddin Darus.
Jika bekalan makanan empat sehari sekali, ia harus dibuat mengikut arahan dan jadual yang telah ditetapkan serta penjagaan kualiti barang yang dipesan.
28 October 2011
Sakit
Melawat warga emas, Sunan bin Ishak, 80 tahun yang tinggal di Kampung Padang Lalang, Bagan Baharu, Ijok, bekas anggota pasukan Keselamatan yang terdahulu.
Beliau yang kelihatan uzur, masih bersemangat untuk melihat Negara pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Negeri diketuai Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, terus maju dengan rakayt hidup dalam keadaan aman sejahtera.
Turut hadir Ketua UMNO Cawangan Bagan Baharu, Shamsuddin Ibrahim yang juga Ahli Jawatankuasa Bahagian.
Saya juga melawat, seorang Ibu Tunggal, Nor Azizah binti Omar, 39 tahun yang tinggal bersama dua orang anaknya di Kampung yang sama.
Saya berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membantu menggurangkankan bebanan keluarga tersebut.
UMNO
Mengehadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Ipoh, malam tadi.
Mesyuarat itu lebih tertumpu kepada persiapan Jentera Parti untuk menghadpi Pilihanraya UMUM (PRU) yang akan datang, pada bila-bila masa.
Soal perpaduan yang mengjadi asas kekuatan Parti tetap diberikan penekanan, selain mengenal pasti masalah rakyat yang belum selesai.
Penghulu bulan November akan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
UMNO Perak juga akan menghadapi pembentangan bajet 2012 oleh Kerajaan pimpinan Dr Zambry bulan depan.
Dermasiswa
Perbadanan Tabung Pinjaman Pengajian Tinggi (PTPTN) diminta agar melonggarkan syarat pinjaman bagi menggelakan Pelajar-Pelajar yang benar-benar memerlukan pinjaman tersebut tidak tercicir untuk menyambung pelajaran mereka.
Ini kerana ada pelajar miskin dan tidak ada tempat untuk bergantung terpaksa melupakan hasratnya untuk meneruskan pelajaran kerana tidak mampu selepas gagal mendapatkan pinjaman tersebut.
Lebih menyedihkan lagi, pelajar itu disingkirkan hanya beberapa bulan sahaja lagi untuk menamatkan pengajiannya di sebuah Kolej.
Saya berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan Dermasiswa Yayasan Perak peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah di Pejabat Penghulu Mukim Ijok, petang tadi.
Seramai 23 orang lagi Pelajar di DUN Kubu Gajah yang berjaya ke Pusat Pengajian Tinggi menerima sumbangan tersebut.
Mengenai masalah Pelajar tersebut Saya sendiri telah menghubunggi pihak Pengurusan Yayasan Perak untuk mendapatkan jasa baik mereka bagi membolehkannya menghabiskan pengajian yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.
Dia anak orang miskin dan yatim piatu pula, kini cuma da neneknya sahaja untuk tempat beliau bergantung tetapi masih tidak mampu untuk membiyai pengajiannya.
Mengenai dermasiswa tersebut, Saya berharap pelajar yang menerimanya dapat mencapai kejayaan cemerlang sebagai menghargai segala pengorbanan yang telah dibuat oleh Kerajaan bagi membantu pengajian mereka.
Kerajaan Perak pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hanya mahu melihat Pelajar berjaya di bidang pendidikan, juseru Kerajaan bersedia membantu menggurangkan bebanan mereka yang tidak mampu.
Mesyuarat
Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kira-kira wang (PAC) negeri Perak pagi tadi.
Mesyuarat yang diadakan di pejabat PAC di bangunan setiausaha kerajaan (SUK) antara lain membincangkan masalah bekalan makanan di sekolah-sekolah berasrama.
Masalah kelewatan pembinaan bangunan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga dibincangkan.
24 October 2011
Jalan-rosak
Dalam cuaca yang buruk akibat hujan lebat sejak kebelakangan ini, Saya bimbang lebih banyak jalanraya yang rosak, akibat hakisan.
Sebagai contoh jalan di Bendang luas, dekat Ijok, walaupun kerja-kerja membaiki cerun jalan tersebut baru sahaja selesai, tetapi masih berlaku hakisan.
Hakisan ini amat bahaya terutama keapada pengguna jalanraya, terutamanya motosikal dan murid sekolah.
Justeru, Saya berharap Jabatan Kerjaya Raya (JKR) Daerah dapat memantau keadaan tersebut, terutama dalam cuaca yang buruk sekarang yang sering hujan lebat.
Kerosakan jalan ini jika dibiarkan tanpa ada tindakan penyelenggaran, boleh menyebabkan ia bertambah buruk lagi.
Saya amat berterima kasih kepada Jurutera kanan Daerah Parit dan Saliran (JPS), Moklhtar Hasran yang sering turun padang memantau keadaan sungai-sungai yang boleh mendatangkan ancaman banjir di dun Kubu Gajah.
Masyarakat India
Rakyat diingatkan agar jangan menggunakan isu perkaumanan dalam membuat tuntutan mereka kerana ini boleh menjejaskan perpaduan.
Ketahanan Nasional bergantung kepada Perpaduan dan jika isu perkauman terus dibangkitkan keamanan dan kesejahteraan rakyat akan terancam.
Jika keadaan in tidak dibendung, akhirnya ia akan membuka laluan kepada anasir-anasir luar untuk mengambil kesempatan untuk mengucar-kacirkan Negara.
Saya berkata demikian di majlis penyampaian sumbangan sempena Perayaan Deepavali peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah di perkarangan Pusat DUN di Pekan Kubu Gajah, petang tadi.
Pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) peringkat Bahagian Larut turut hadir di majlis tersebut.
Saya turut menekankan bahawa Negara dibawah pentadbiran Perdana Meneri, Datuk Najib Tun Razak akan mempastikan semua kaum akan menikmati hasil pembangunan dan kemajuan.
Masyarakat minoriti juga diberikan perhatian dan pertimbangan sewajarnya dalam peluang ekonomi dan bidang-bidang lain.
BN akan terus mengamalkan budaya berkongsi sepertimana yang sekian lama telah dicapai dalam semangat permuafakatan.
Saya mengingatkan perpaduan kaum akan terjejas jika soal perpaduan tidak dititiberatkan masyarakat berbilang bangsa di Negara ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)