









Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menegaskan bahawa adalah satu kesilapan besar jika ada di kalangan Orang Melayu yang menganggapkan Parti itu tidak memperjuangkan Agama.
Malah sebelum Pas wujud, UMNO ternyata Parti yang memperjuangkan Islam dan Bangsa serta mendapatkan Kemerdekaan dari tangan Penjajah.
Beliau turut mengesahkan kekuatan UMNO Perak dibaawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berdasarkan perpaduan yang wujud.
Datuk Seri Hishamuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berucap merasmikan persidangan serentak seluruh cawangan UMNO di Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh, pagi tadi.
Kehadiran lebih 5,000 orang di perhimpunan itu amat jelas sekali kenyataan beliau mengenai UMNO Perak yang mendapat tepukan gemurah.
Begitupun, Naib Presiden UMNO itu berharap mereka jangan merasa selesa dengan kedudukan Parti tersebut, sebaliknya bekerjasa lebh keras untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.
Perpaduan yang ditunjukan dalam UMNO Perak, katanya akan menjadi contoh kepada perubahan yang cuba dibawa oleh Parti tersebut selepas diambil alih oleh Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Katanya, Perdana Menteri dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memulakan program turun padang ke Negeri-Negeri mulai bulan depan sehingga selesai September ini.
Terdahlu, Dr Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak begitu gembira kerana UMNO Perak adalah satu-satunya Negeri yang telah mengadakan perasmian serentak persidangan Cawangan-Cawangan.
Ianya bermula tahun lepas dengan diresmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bilangan yang hadir kali ini bertambah, sekaligus menolak dakwaan Pembangkang bahawa ia tidak mendapat sambutan.
Dr Zambry turut menghargai kepimpina peringkat akar umbi dan berharap sokongan itu akan beterusan bagi menjamin kekuatan Parti itu menghadapi PRU ke 13.
Beliau juga menegaskan peranan penting ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri dan berharap mereka terus menjalankan program bagi menarik lebih ramai ahli.
Dr Zambry yakin dengan kerjasama dan sokongan padu Badan Perhubungan UMNO Negeri, UMNO Perak bukan sahaja kuat dan teguh, tetapi bersedia mengahdapi PRU sebaik diumukan kelak.
Program Pemimpin turun ke padang akan diteruskan bagi mendengar rintihan rakyat dan menyelesaikannya.
UMNO Bahagian Larut menghantar lebih 310 orang perwakilan sebagaimana yang diumumkan oleh Pengacara majlis ke majlis tersebut. Beliau turut mengumukan bilangan kehadiran dari Bahagian-Bahagian yang lain berdasarkan senarai pendaftaran.