Template by:
Free Blog Templates

6 August 2010

TPM - Perpaduan



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN)pusat, berharap komponen parti mengutamakan perpaduan dan elakan daripada sebarang perbalahan yang boleh menjurus kepada perpecahan.

Dalam satu perjumpaan tertutup dengan seluruh pimpinan BN peringkat Negeri, beliau berkata parti itu tidak mampu berbecah dalam menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.

Eratkan kerjasama yang sedia ada dan saling soikong menyokong diantraa satu sama lain dan yakin BN masih releven sebagai parti mewakili rakyat.

Perjumpaan BN Negeri itu diketuai oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir yang juga turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Dewan Undasngan Negeri (ADUN) BN.

TPM kemudian berlepas pulang dengan diiringgi oleh Dr Zambery ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu majlis mewakili Perdana Menteri.

3 comments:

jebat said...

YMDS,
Salam Takzim,

Tiada siapa yang menyangkal pendapat TPM mengenai perpaduan. Hanya ramai yang tertanya tanya kepada perpaduan dikalangan BN masa kini agak longgar dibandingkan semasa PERIKATAN dahulu.

Tepuk dada tanya selera !!!

Anonymous said...

YMDS,

Ada banyak peringkat perpaduan. Peringkat antarabangsa (perpaduan Islam), peringkat Kebangsaan (perpaduan berbilang kaum), peringkat perpaduan Melayu (dasar dan matlamat yang berlainan), peringkat parti (perpaduan team A dan team B), peringkat kampung (iri hati antara satu sama lain)

Ramai dah bosan tentang perkara ini tak habis2 diperkataan. Kita mahu UMNO membuat strategi. Soalannya bagaimana?

Semua orang kata kita mesti berpadu. Tapi bagaimana? Cuba tanya Prof. Shamsul Bahari dan YAB D Koh Tsu Koon pakar siosiogi mungkin mereka tahu. Tapi mereka juga saya lihat pandai bercakap sahaja.

Kita selalu buat perjumpaan cuma dapat mengumpulkan penyokong kita yang datang sahaja.

Tapi nampaknya permainan seperti bola,kerja amal di masjid nampaknya sangat berjaya untuk perpaduan.

Saya cadangkan kumpul semua ahli UMNO untuk menyenaraikan strategi perpaduan. Kita lihat Malaysia 1 menuju arah ke perpaduan. Tapi seelok2 sahaja slogan ini dimartabatkan ada hamba Allah yang menulis di blog YMDS dalam Bahasa Inggeris berunsur anti-Melayu dan anti-Islam. Ini yang saya hairankan.

Semasa dahulu perkara ini tidak berlaku dan dan hulubalang seperti Hang Tuah dan Hang Jebat akan menjadi bertambah marah jika ia berlaku.

Saya selalu pergi ke tempat perubatan tradisional di Batu Kurau hingga ke Bagan Baru saya lihat orang Melayu yang ramai
'bergaduh' sesama sendiri tapi perkara begini tidak terjadi dikalangan kaum India atau Cina.

Memang isu ini sangat bosan untuk didengar tapi ada segelintir orang bukan bumiputera masih memperkatakan isu ini secara berleluasa dan orang Melayu pula bergadoh sesama sendiri.

Saya bukan manusia yang percayakan bomoh tapi oleh kerana minat saya dalam bidang penyelidikan saya ingin tahu kenapa orang Melayu suka cemburu dan suka bergaduh.

Seorang pensyarah USM berpendapat kenapa orang Kelantan selalu panas bakhan ialah disebabkan mereka selalu memasak dalam periok tembaga pada zaman dahulu dan keturunan inilah yang membuat mereka hot temper.

Begitu juga penyatuan PAS dan UMNO tapi Dato Jamil Khir dan Dato' Maslan masih tidak bosan. Kita mungkin bosan. Tapi saya rasa kita perlu membantu mereka seperti yang saya buat di kampung saya. Saya tidak memaksa orang Melayu yang lain membuat program seperti saya.

Begitu juga soal Pelastin dan Israel. Isu antarabangsa ini sangat bosan kita mendengarnya. tapi ia dihangatkan sejak tahun 1947 lagi hingga sekarang sehingga mereka yang bukan Islam menjadi anti-Islam.Kalau kita duduk diam kita akan dihina sepanjang masa.

Dekian mengikut pandangan saya untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

Saya tertarik membaca komen kedua tetapi malangnya saya tak tahu di mana kampung penulis ini. Saya ingin tahu apakah program yang telah beliau lakukan untuk perpaduan ini. Boleh kita pakat2 tiru kalau betoi berjaya. Yang saya pelik ialah Penyelia Kanan KEMAS dok kalut buat di tempat orang sedangkan kampung dia sendiri pun haru dengan pembangkang. Amacam YMDS betoi kata saya ni.