Template by:
Free Blog Templates

10 August 2010

Road to Mekah





Tabung Haji disarankan agar mencari pendekatan untuk memudahkan Masyarakat Islam membuka akuan simpanan mereka di kawasan yang tiada Pejabat cawangan atau wakil Tabung Haji.

Justeru, Pejabat Penghulu dicadangkan dijadikan tempat untuk tujuan tersebut dengan wakil Tabung Haji datang sekurang-kuangnya sebulan sekali untuk memproses akuan tersebut.

Saya berkata demikian ketika melancarkan kempen Road To Mekah,dengan membuka akuan di Tabung Haji untuk anak-anak yatim dan pelajar Sekolah di sekitar DUN Kubu Gajah.

Kempen yang dianjurkan oleh ADUN Kubu Gajah itu diadakan di Dewan Sekolah Menengah Redang Panjang.

Turut dihadiri Pengarah Tabung Haji Perak, Haji Hamidon bin Ibrahim dan Pengetua Sekolah Menengah Redang Panjang, Rosiah binti Rosalan.

Pada masa ini, selain pejabat cawangan Tabung Haji, Orang ramai boleh berurusan dengan Tabung Haji di wakil-wakil yang dilantik samada di Bank Rakyat atau Pejabat Pos, tetapi di tempat yang tiada langsung agensi berkenaan, ia sudah pasti menimbulkan masalah.

Saya juga turut mencadangkan Tabung Haji menyediakan kaedah maklumat terkini untuk bakal-bajal haji mengetahui tarikh pemergiaan mereka ke Mekah.

Ini adalah kerana, ada bakal haji yang telah membuat persediaan, tetapi tarikh pemergiaan mereka dibatalkan pada saat-saat akhir atau tarikh mereka berangkat dimaklumkan pada saat-saat akhir.

Ada juga mereka yang tidak faham membuat persiapan menjangkakan mereka akan bertolak pada tahun berkenaan, tetapi sebenarnya tarikh belum ditetapkan oleh Tabung Haji dan kekeliruan ini tidak seharusnya berlaku.

Saya juga menyarankan agar disediakan insentif bagi menarik lebih ramai remaja membuka akuan mereka dengan Tabung Haji.

Walaupun, sudah menjadi kewajipan bagi Umat Islam menunaikan Haji ke Mekah, tetapi galakan dan kempen yang lebih luas haruslah dilancarkan oleh Tabung Haji terutama di kalangan remaja dan pelajar Sekolah.

Pelancaran kempen membuka akuan di Tabung Haji yang dianjurkan oleh ADUN Kubu Gajah itu adalah yang pertama diadakan tahun ini dan berharap ia akan menjadi contoh di kawasan lain.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya rasa kalau TH ada kapalterbang sendiri tentu tambang tidak melonjak naik. Dulu kita takut MAS bankerap. Tapi tak lama daripada itu AIRASIA pula yang timbul.

Yang membuat orang seperti saya tidak menambah menabung ialah:

Pertama, Sepatutnya tiap2 tahun tambang naik haji meningkat tapi ada kalanya ia tidak dinaikkan kerana di'subsidi' oleh tabung haji. Soalannya wang subsidi ini datangnya dari mana? Kalau dari gaji Pengarah OK lah tapi kalau dari penyimpan yang tidak naik haji adakah subsidi seperti itu hukumnya harus walaupun saya tidak izinkan?

Kedua, selalunya TH mengundang pakar seperti dari ASNB menasihati TH. Mereka ini selalunya tidak meluluskan keuntungan seperti yang diperolehi iaitu tiap2 tahun diberikan semuanya kepada penabung. Sebahagiannya disimpan sebagai 'reserve' untuk digunakan masa hujan ditahun2 yang akan datang. Adakah cara ini Islamik jika saya keluarkan tabungan semuanya selepas menerima dividen? Sebahagian keuntungan saya, dibawa kehadapan yang tak munkin saya dapat lagi.

Strategi pengarah untuk mengekalkan kedudukannya ialah menyimpan sedikit keuntungan tahunan, supaya dapat dikeluarkan semasa keuntungan merosot supaya penabung melihat pengarah buat kerja dengan baik. Tak nampak sangat kerugiannya.

Ada lebih 14 penyimpan yang menabung lebih 10 juta diTH. Kenapa TH tidak menawarkan mereka menjadi pengarah TH kerana mereka ini sudah pun berjaya dalam 'business'?

Gaji kakitangan TH agak tinggi jika dibandingkan dengan kerajaan.
Sepatutnya sebahagian kakitangan perlu juga diberikan kepada mereka yang menabung banyak terutama sekali kepada anak yang bapanya yang menyimpan lebih 14 juta supaya mereka ada SENSE OF BELONGING.

Perkara2 seperti ini yang membuat ramai juga orang tidak menyimpan di TH. Kalau perkara ini dapat diatasi dividen TH akan melonjak.
Atau pun tambang tidak akan naik.

Cuba lihat TH perlu membayar penasihat/kuanselor seperti Datuk Harun Din Al-Haj jika dibandingkan dengan melantik pelajar kita di sana. Datuk Harun Din tak boleh buat apa2 kalau jemaah kita sesat tapi kalau pelajar Malaysia di MEKAH dan MEDINAH audah tentu mereka melompat. Tapi orang Melayu kata mereka sesat kerana dosa mereka dahulu. Lagi lama sesat lagi banyak dosa. Inilah yang sangat susah hendak difikirkan.

Jika YMDS berpeluang sekali lagi mengikuti perjumpaan sebegini diharap YMDS dapat memberitahu mereka di TH tentang apa yang saya jelaskan di atas.

Saya lihat YMDS, YB Kinabatangan dan YB Jasin (sudah bersara) sungguh rancak semasa menjadi ahli parlimen. Kenapa sekarang ini kurang rancak?.

Saya mula lihat agak rancak apabila YMDS menyentuh TH.

Saya nasihatkan YMDS kalau menarik benang dalam tepung jangan buat tepong berselerak seperti kes TH Plantation dahulu.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih satu pandangan yang amat baik. salam ramadan.