12 August 2010
Kemerdekaan
Semangat kemerdekaan harus subur dalam setiap sanubari rakyat Malaysia, tanapa disuruh atau dipaksa.
Malah kerana Kemerdekaanlah sesebuah bangsa itu bebas dari belengu penjajahan dan menjadikan Negara itu berdaulat seperti Malaysia.
Saya menyatakan demikian di majlis pertandingan mengebar Jalur Gemilangan di Dewan Serbaguna Bagan Bahru anjuran UMNO Cawangan Bagan Bahru yang melibatkan lima buah Cawangan berdekatan.
Kemerdekaan adalah juga lambang kemegahan dan Sejarah, tanpanya sesabuah bangsa itu akan berada jauh di belakng daripafa Negara-Negara yang membangun dan maju kehadapan.
Justeru, rakyat berbulang bangsa di Negara ini harus bersyjukur dan berterima kasih kepada Kerajaan kerana berada dalam keadaan aman dan makmur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Dari segi pemikiran kita belum merdeka lagi.
Walau pun hendak memilih pemimpin para perwakilan sudah awal lagi disuruh undi siapa yang patut diundi. Para intelek pun diarah berbuat demikian.
Saya selalu menasihatkan kawan2 kalau tak tahu latar belakang mereka yang hendak diundi, undi sahaja siapa yang akan dapat membantu kemajuan kawasan ADUN Kubu Gajah. Di peringkat yang lebih tinggi di Kawasan Parlimen Larut dan seterusnya bagi negeri Perak. Kalau UMNO Melayu dulu. Bukan saya perkauman. Begitu juga MCA. Seterushya Barisan.
Ramai orang tak mahu aktif dalam UMNO kerana tidak bebas memilih pemimpin.
Mereka ikut2 sahaja. Kalau mereka tidak tahu mereka pilih yang retorik atau yang sponsor jamuan. Di Tanjung yang sponsor jamuan yang menang. Kalau YB ADUN Selama selalu sponsor jamuan sudah tentu ia dapat mengalahkan YMDS. Itu pun bershukurlah beliau hormati YMDS, memandangkan jasa YMDS kerana menjadi Cikgu politiknya.
Saya bersyukur kerana beliau tidak menjadi seperti Presiden PKR.
Ada juga ahli terlampau bebas (merdeka) hingga mereka tidak berpegang ke Perlembagaan UMNO atau konsep demokrasi. Rantau Panjang dan Sungai Petani sanggup berbalah sama sendiri kerana tidak tahu demokrasi. Undi sahajalah siapa mereka suka. Kenapa nak berbalah. Inilah yang saya katakan tidak Islamik
Larut pun hampir nak berbalah seketika dulu kerana ada yang tak tahu Perlembagaan UMNO.
Kesimpulanyam, merdekakanlah pemikiran wakil UMNO ke persidangan. Dalam ADUN Kubu Gajah ada doktor dan yang lulus Masters. Janganlah suruh mereka undi pemimpin yang retorik. Merdekakanlah pemikiran mereka. BEBAS memilih siapa yang berwibawa dan berintigriti.
Akhir kata untuk mengelakkan percakaran sesama sendiri biro politik hendaklah memberi kursus tentang perlembagaan UMNO dan demokrasi supaya mereka tidak salah erti tentang kebebasan.
Kalau tak ada kursus kita akan jadi seperti Rantau Panjang Kelantan dan Sungai Petani.
Sekian untuk makluman YMDS.
Post a Comment