Template by:
Free Blog Templates

19 August 2010

Fitnah




Masyarakat Islam diingatkan agar menjauhkan diri daripada perbuatan fitnah yang boleh memecah belahkan perpaduan dan itu jgalah yang dilarangkab oleh agama.

Namun perbuatan yang berdosa itu, tetap tidak dihiraukan oleh setegah-setengah daripada masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Saya berkata demikian dimajlis berbuka puaa dan penyampaian sumbangan kepada beberapa orang warga emas di rumah Pak Su Mat Arop bin Samah, 64 tahun di Bagan Bahru.

Pak Su Arop adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Mesjid Bagan Bahru dan seorang yang agak berpengaruh di kalangan masyarakat di Bagan Bahru.

Saya turut menyeru agar umay islam bersatu padu dan menggelakan perpecahan yang kelak merugikan mereka.

Orang lain suka melihat umat islam berpecah kerana mereka boleh mengambil kesempatan keatas perpecahan itu untuk kepentingan politik mereka.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya selalu mengingatkan orang kita jangan cerita apa yang mereka tidak lihat. Kalau kita ceritakan apa yang kita tidak alami/lihat ia akan menjadi persepsi dan akhirnya menjadi FITNAH.

Bila saya singgah di kedai kopi saya selau dengar tentang cerita yang berdasarkan persepsi dan kadang2 pendapat. Kalau perkara ini berterusan saya rasa susah YMDS hendak menang di PRU13.

Sebagai contoh cuba YMDS baca pendapat di bawah ini yang dapat mengelirukan ahli UMNO.

Ceritanya begini:

120 projek kerajaan diluluskan di Selangor iaitu tempat PKR dan 44 projek kerajaan diluluskan di Pulau Pinang iaitu tempat DAP. Berapakah projek diluluskan di kawasan ADUN Kubu Gajah? Kalau tiga(termasuk projek ternakan moden)sahaja sudah tentu lebih baik kita mengundi PKR kerana dapat 120 projek dan begitu juga DAP kerana dapat 44 projek. Ini adalah persepsi berunsurkan penilaian.

Sekian untuk makluman YMDS.