13 August 2010
Felda
Sehari menjelang Umat Islam menyambut bulan puasa, Saya sempat meninjau bazar Ramadan yang disediakan oleh pengurusan Felda Ijok dalam DUN Kubu Gajah.
Terdapat kira-kira 19 buah gerai yang disediakan untuk disewa senpanjang bulan yang mulia itu, kata seorang pengusaha.
Diantara gerai jualan yang Saya lawat ialah gerai menjual buah-buhan tempatan. Kebiasaanya setiap kali bulan Ramadan, sambutan orang ramai ke atas bazar Ramadan di Felda Ijok amatlah menggalakan.
Selain daripada itu, Pengurusan Felda juga akan mengadakan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan. Tahun ini, program itu akan diadakan pada 20 Ogos ini di perkarangan Masjid Felda.
Sumbangan bubur lambok juga diadakan oleh Mesjid Felda Ijok yang diketuai oleh Ketua Kampung, Haji Shukur haji Jaman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
TMDS,
Nampaknya selalu juga YMDS melawat FELDA, selalunya juga diiringi oleh ketua kampung.
Sejak saya beritahu YMDS tentang ada tuan lembu dari FELDA yang melepaskan lebih 200 ekor lembu ke tanaman kelapa sawit dan nenas saya dan meminta belas kesihan YMDS meminta Ketua Kampung menerangkan penternak lembu ini supaya memagar lembu mereka supaya keadaan masyarakat Melayu merasai konsep yang selalu diperkatakan iaitu win2 atau untung2. Maknanya yang jaga lembu pun untung dan yang tanam nenas pun untung. Ini pula penternak lembu sahaja yang untung.
Sepokok anak kelapa sawit yang besar harganya lebih 18 ringgit.
Anak nenas 30 sen kalau beli sedikit sahaja.
Konsep win2 harus diterapkan ke masyarakat penternak lembu/kambing.
Lembu2 tersebut masih merosakkan pagar saya dan masuk ke dalam kebun saya.
Jika saya racun akan jadi peristiwa di Ulu Selama. Cuba tanya pegawai RISDA Selama (tanya ketua pemuda Selama) tentang isu haiwan ternakan di Ulu Selama.
Undang2 kita agak lemah. Saya bersyukur YB Khiri Jamaluddin sudah mulai tahu tentang kerjanya (kerja wakil rakyat) iatu untuk mengubal undang2. Wakil rakyat yang lain masih banyak buat kerja DO, Penghulu, Ketua Kampung dan JKKK. Ramai yang takut untuk mengubal undang2 atau peraturan kecil tempatan yang sepatutnya dikerjakan oleh ADUN dan ahli parlimen misalnya bersabit dengan 'undang2' kecil yang berkaitan dengan HAK dan undang2 berkaitan tanah terbiar.
Saya banyak kali menerangkan ke pemimpin UMNO yang lain untuk membentuk satu AMANAH bagi mengusahakan tanah terbiar. Ilham saya hanya difahami oleh MB Selangor untuk menjayakan pembangunan Kampung Baru KL. Kalau orang UMNO beri ilham kepada pemimpin UMNO mereka sendiri tak mahu dengar.
Apa yang susah. Dahulu saya lihat tanah datuk saya semuanya dipunyai Ceti India tapi sudah merdeka ditukar hak milik Melayu. Undang2 Allah yang tak boleh ditukar.
Kalau mereka tidak mahu diamanahkan mungkin tanah tersebut dilelong kepada kerajaan bukan untuk publik atau awam. Kalau kita lelong awam yang dapat nanti ialah ramai mereka yang bekerja di pejabat tanah. Serupa tanah kurnia yang ramai dapat ialah kerabat pejabat tanah dan dan kerabat JKKK.
Saya rasa tanah terbiar pun kita boleh buat begitu kalau hasilnya lebih 10 tahun tidak terbayar kita amanahkan tanah tersebut. Sebelum cukai 10 tahun belum dibayar warisnya tak bolehlah menerima saham keuntungan. Kerajaan memang tidak tahu warisnya. Tapi warisnya mesti membuat surat sumpah (waris sebenar dan bahagiannya) bila memphon saham keuntungan. Jika ia menipu bolehlah didenda termasuk saksinya sekali dan juga yang meluluskan sumpahan tersebut. Kalau saksi kahwin boleh dihukum kenapa saksi menuntut sahan tidak boleh dihukum.
Kalau kita hukum ketua kampung yang meluluskan rumah PPRT yang tak berhak menerimanya, ramai yang tidak mahu jadi ketua kampung. Sekarang ini berebut2 nak jadi ketua kampung. PAS pun mahu ahlinya jadi ketua kampung. Keluaga saya pun mahu jadi ketua kampung. Tapi jika mereka didenda kerana meluluskan tuntutan /permohonan palsu ramai yang tidak berebut2 untuk jadi ketua kampung.
Sekian untuk makluman YMDS.
sebenarnya masalah ini telahpun saya bangkitkan kepada ketua kampung untuk mengambil tindakan. terima kasih dan selamat berpuasa. tetapi ada baiknya jika saudara dapat mengenalkan diri saudara untuk tindakan selanjutnya.
Post a Comment