Template by:
Free Blog Templates

17 September 2012

Tidur



Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) digesa bergerak aktif merancang pembangunan dan kemajuan lampung mereka.

Kalau ada yang ketiduran diminta agar bingkas bangun agar tidak ketinggalan daripada JKKK yang lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di jamuan hariraya dan sambutan aidilfitri dan ulangtahun Malaysia di kampung Teras dekat Ijok, petang tadi.

Naib ketua UMNO bahagian Larut, Fauzi Kassim dan ketua kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam diantara yang hadir di majlis yang diadakan di dewan orang ramai.




Kampung Teras muncul johan dalam pertandingan kontijen peserta paling ramai melebihi 100 orang manakala kampung Redang Panjang johan dalam kategori kontijen paling kreatif.

Katanya, kemajuan sebuah kampung itu bergantung kepada perancangan dan kebijaksanaan JKKK mereka.




Baliau selaku ketua UMNO bahagian meminta semua JKKK dalam parlimen Larut mempunyai pengkalan data mengenai penduduk miskin dan ibu tunggal serta warga emas yang memerlukan bantuan kebajikan.

Beliau juga meminta JKKK memantau projek-projek dan harta benda awam yang terdedah kepada kerosakkan akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggung jawab.

4 comments:

Anonymous said...

Saya rasa salah satu JKKK yang ketinggalan zaman ialah JKKK kampung YMDS.

Mereka hanya reaktif tehadap membaik pulih/menaik taraf jalan depan rumah mereka sahaja.

Sebagai contoh di keliling rumah ketua kampung AY Mat Som bersirat dengan jalan tar manakala kawasan lain masih berpaya-paya tidak boleh diusahakan.

Macam mana kerajaan hendak menambah cukai ekspot minyak sawit jika minyak petronas berkurangan?

Ramai orang Gopeng nak undi pembangkang jika MCA jadi calon.
Sepatutnya ia mesti jadi pemilihan seperti ketua menteri Sabah, bertukar2. Gopeng akan jadi Sungai Siput semasa PR12 kali ini. Begitu juga tempat MIC kecuali Buntung?

UMNO Perak wajib ada pakar strategi untuk menang.

Anonymous said...

Data orang miskin senang saja diperolehi. Dapatkan no IC mereka dan lihat di JPJ sama ada mereka ada motorsikal atau kerita. Kalau mereka ada lesen bermakna mereka ini bukan miskin tegar.

Apa yang susah sangat?

Anonymous said...

Sepatutnya jika YMDS hendak main politik bersih, YMDS menyediakan hadiah bagi ahli yang dapat mendaftarkan ahli baru paling ramai masuk UMNO.

Peraduan ini hendaklah diukur dalam bentuk Indeks Unjuran/anjakan bedasarkan base-line data yang sedia ada. Kalau tidak bebuat demikian cawangan yang paling ramai yang sentiasa menang peraduan seperti Taman Lela.

Anonymous said...

Elakkan JKKK menjadi Jawatankuasa Kaki Kelentong Kampung.

Dalam mesyuarat bukan main lagi nak kelentong, nak tunjuk pandai konon, tapi kampung mereka sudah ketinggalan zaman.

Yang mereka cadangkan ialah naik taraf jalan dihalaman rumah mereka.

Cuba YMDS lihat depan rumah Razali Yusop, JKKK Tebing Tinggi. Di depan rumahnya sudah sedia ada jalan FELCRA 1st class (taraf kampung). Tapi kerajaan bina lagi di halaman rumahnya.

Lama2 depan rumah Pak Hj. Aris (JKKK) pun akan
naik taraf. Binalah sesuatu yang mendapat pulangan kepada kerajaan.

Saya rasa JKKK tidak tahu yang mana penting