Template by:
Free Blog Templates

10 September 2012

Ribut



Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar menggesa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar berbincang dan mengambil tindakan tegas menebang segera pokok-pokok yang mengancam keselamatan penduduk.

Tindakan ini penting kerana banyak kes di mana setiap kali berlaku ribut, ada pokok-pokok tumbang dan menimpa rumah penduduk.

Beliau meminta JKKK berbincang dengan pemilik pokok yang mendatangkan bahaya kepada keselamatan penduduk.

Sebelum ini, beliau telah menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) bertindak menebang pokok atau dahan yang reput.






Beliau juga meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertindak menebang pokok-pokok yang mendatangkan bahaya kepada nyawa manusia dalam kawasan dibawah tadbirannya.

Petang tadi, beliau melawat beberapa buah rumah yang kerosakan atap akibat ribut dan angin kencang di Kampung Bendang Luas, dekat Ijok.

Mereka yang terlibat ialah Tijah binti Abdul Aziz, 75 tahun, Khazali bin Mazlan, 18 tahun, Che Ya bin Daud, 71 tahun dan Mohd Sabri bin Mat Rashid, 63 tahun.




Beliau turut menghulurkan sumbangan kepada setiap mangsa yang terlibat. Turut hadir Ketua Kampung Mesjid, Nor Azman Mokhtar dan Ketua UMNO Cawangan Bendang Luas, Che Ros Rusdi.

3 comments:

Anonymous said...

Banyak kilang kayu mahukan semua jenis kayu tanpa meminta kerjasama kerajaan tempatan asalkan polis dan jabatan perhutanan dapat bekerjasaa dengan hanya meluluskan kayu ini dibawa kekilang.

Walaupun batang kelapa sawit dapat diambil kilang kayu lapis di Sebereng Perai Utara

Anonymous said...

Tugas JKKK hendaklah diperluaskan untuk menyediakan tabung kewangan dengan mendapat kebenaran untuk menjual semua batang pokok di tepi jalan dan sungai.

Anonymous said...

Jumlah nilai ekspot kelapa sawit tahun lepas mencecah 60.4 BILION.

Kalau kerajaan membina parit di tanah reseve kerajaan di kawasan paya ramai lagi kawasan adun Kubu Gajah dapat menyumbang KEPADA nilai ekspot kelapa sawit.

Contohnya seperti di keliling rumah YMDS banyak tanah paya dari Sungai BINJAI Ke SUNGAI KRIAN. Bayangkan tanah terbiar yang boleh di tanam dengan kelapa sawit jika JKKK proaktif untuk membantu kerajaan mendapatkan cukai ekspot.

Orang kita asyik nak habiskan duit kerajaan tapi terlupa untuk menambah cukai bagi tabung kewangan.

Nasib baik petronas masih ada. Kalau 5 negeri kita jadi Acheh habislah pembangunan di tempat lain. Saya lihat ahli parliamen Gua Musang sudah mula macam 'batu api'