Template by:
Free Blog Templates

13 September 2012

Kesihatan



Klinik kesihatan Redang Panjang perlu dinaik taraf untuk memberi kemudahan yang lebih baik.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata sudah tiba masanya kumudahan di klinik tersebut ditambah seperti katil untuk pesakit luar.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan hariraya aidilfitri anjuran klinik kesihatan Redang Panjang petang tadi.

Turut hadir pegawai perubatan klinik kesihatan Redang Panjang, Dr Wan Ali Imran dan pengerusi jawatankuasa panel kesihatan klinik Redang Panjang, Nor Azman Haji Mokhtar.

Klinik kesihatan menjadi tumpuan masyarakat kerana ia terletak di tengah-tengah antara Redang Panjang, Bagan Baharu dan Felda.



Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menambah, walaupun kini terdapat banyak klinik swasta, tetapi pusat-pusat kesihatan kecil tetap mendapat perhatian ramai.



Beliau menyarankan agar pegawai dan kakitangan sentiasa memupuk semangat mesra pelanggan.

Walaupun, mereka kadangkala menghadapi tekanan kerana tugas yang banyak, tetapi mereka tetap dituntut untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Majlis sambutan hariraya mampu memupuk semangat silaturahim dan perpaduan.

2 comments:

Anonymous said...

KK Redang Panjang mmg perlu diperbesarkan...

Anonymous said...

Boleh tidak NURSE bergerak dijalankan. Mereka hanya bergerak ke rumah orang sakit. Dengan yang demikian kerja YMDS lebih senang untuk menumpukan pembangunan ekonomi.

Sejak dulu orang kita mahukan pembangunan ekonomi yang menyeluruh, tidak semestinya reaktif sahaja. Ramai yang sudah muak dengan POLITIK dan projek baik puluh dan naik taraf sahaja.

Yang sebenarnya orang India dan Cina undi PAS di Kubu Gajah kerana mereka sudah jemu dengan strategi BN. Mereka bukan tidak suka dengan BN. Tapi jemu dengan walhasil balik asal BN.