Template by:
Free Blog Templates

11 September 2012

Felcra



Felcra akan kekal menjadi agensi penting dalam memajukan tanah secara berkelompok bagi membantu meningkatkan lagi pendapatan rakyat luarbandar.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata, rakyat beruntung kerana ada agensi Kerajaan yang bersedia memajukan tanah-tanah untuk pembangunan.

Katanya, jika ada sebarang masalah antara peserta felcra, ia harus diselesaikan secara mendalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan hariraya aidilfitri gagasan felcra sungai Malau, pagi tadi.

Pengurus Felcra, Abdul Razak, pemghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali dan ketua-ketua jabatan turut hadir di majlis yang diadakan di pekarangan pejabat pengurusan Felcra sungai Malau.



Beliau juga berharap Felcra memberi keutmaan kepada koperasi peserta-peserta Felcra melaksanakan projek-projek Felcra.



Koperasi peserta-peserta Felcra diwujudkan bagi menggurangkan masalah sosial, disamping membimbing mereka untuk terbabit dalam perniagaan.

Datuk Seri Raja AHmad Zainuddin turut menyampaikan sembangan kepada anak-anak peserta di majlis tersebut.

4 comments:

Anonymous said...

Saya takut FELCRA pun masuk bursa saham.

Saham FGV mankin turun.

Tak dengar lagi cerita Tan Sri Samad nak naikkan harga. Gelenely plantation untung 3 kali ganda FGV. Macam mana depa buat strategi

Saya ingat beliau lebih cemerlang dalam dunia politik dari kerja yang berkaitan dengan RISK MANAGEMENT.

Saya harap orang politik nak baherbusiness hendaklah berkerusus dalam financial strategy atau yang berkaitan dengan STRATEGI.

Begitu juga Pengurusi RISDA. Getah pun turun. Lebih baik beliau berpolitik sahaja. Beliau tidak tahu mengatasi harga pasaran hadapan dan stock Amerika dan mengatasi penoreh tidak merosakkan pokok.

Anonymous said...

Kalau orang FELCRA buat rumah di FELCRA Sungai Malau/TT akan menjadi sebuah taman perumahan.

Begitulah cara hendak membangunkan kampung dan akhirnya menjadi bandar.

Nilai tanah pun semankin naik.

Anonymous said...

Agensi kerajaan macam UDA hanya mahu buat rumah di kawasan elit.

Apa salahnya UDA buat taman perumahan di tanah orang Melayu dalam kawasan majlis tempatan supaya bandar Ijok dan Kubu Gajah membangun.

Saya lihat di Putrajaya tanah milik Melayu, UDA rancang bina rumah hampir satu juta sebuah.

Anonymous said...

Ramai orang politik berbuat baik hanya pemimpin politik.

Saya harap YMDS perlu juga berbuat baik dengan pengerusi FELCRA untuk membina kedai dua baris di Felcra Sungai Malau.

Kedai tailor, baiki motosikal, restoren, runcit sangat perlu di FELCRA Sungai Malau.