Template by:
Free Blog Templates

2 September 2012

Dewan


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar meminta mana-mana Kontrektor yang melaksanakan projek Kerajaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) beliau agar sentiasa mematuhi syarat dan spekfikasi yang ditetapkan.

Beliau berharap Ketua Kampung dan Ahli-Ahli Jawatankuasa dan Kemajuan serta Keselamatan Kampung (JKKK) sentiasa mengambil berat memantau setiap projek yang dilaksanakan di tempat mereka bagi mempastikan tiada sebarang masalah yang timbul.

Beliau berkata demikian selepas melawat satu projek Dewan terbuka dengan kos pembinaan RM 50,000 yang telah siap dibina di Ulu Ijok.

Turut hadir Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa, Ketua UMNO Cawangan Kelian Gunung, Zulkif Hussein, Ketua Kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam dan Ketua UMNO cawangan Bendang Luas, Rusdi Che Rose.




Pastikan hanya projek yang telah siap dengan sempurna dan mengikut syarat dan spekfikasi oleh Kontrektor berkenaan, sebelum mereka mengesahkannya.

Selagi mereka tidak berpuashati jangan sahkan, sebaliknya berjumpa dan laporkan kepada pihak yang berkenaan sebelum urusan serah dilakukan.



Beliau menambah, Kontrektor harus bersikap bertanggungjawab kerana mereka jangan hanya mengaku ketika menerima tawaran, tetapi tidak berpegang kepada janji yang telah dibuat.

1 comments:

Anonymous said...

Susah juga nak buang kontraktor yang tidak menyiapkan kerja mengikut jadual dan spec.

Sebab itu saya syorkan ahli keluarga (termasuk sepupu dan mentua)yang ada kuasa jangan melibatkan diri dalam kerja kontrek.