Template by:
Free Blog Templates

28 September 2012

Bajet



Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar mengalu-alukan bajet rm 251 billion yang dibentangkan oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.




Beliau menyifat bajet yang mendatangkan kesejahteraan rakyat semua peringkat dan kaum.

Beliau berkata demikianketika berucap di majlis taklimat ketua-ketua cawangan UMNO dalam bahagian Larut yang akan menyertai satu kursus pilihanraya di Kubu Gajah, petang tadi.

Turut hadir naib ketua UMNO bahagian, Fauzi Kasim dan ketua wanita UMNO bahagian, Sawipah Yahya.





Perdana menteri antara yang lain mengumumkan bonus satu setengah bulan gaji bagi kakitangan awam, selain rm500 sebagai pemberian khas kepada pesara kerajaan.

Berdasarkan laporan, peminjam perbadanan tabung pengajian tinggi (PTPTN) yang bayar hutang sekaligus dapat potongan 20 peratus, yang bayar secara konsisten mendapat 10 peratus potongan mulai oktober 2012.




 

Bantuan rakyat 1Malaysia pusingan kedua (BR1M2) diperluas untuk orang bujang 21 tahun berpendapatan rm 2000 kebawah, dibayar mulai awal tahun depan.

Sebanyak rm38.7 bilion diperuntukan kepada kementerian pelajaran, rm 3.7 bilion untuk latihan bidang teknikal+vokasional, rm500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru subjek teras.

Bagi pendidikan pra-sekolah, sejumlah rm 1.2 billion, termasuk rm 50 juta bagi tujuan melatih 3,200 belia India, rm 1 billion untuk bina dan selenggara sekolah.

Mengenai pilihanraya, beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah menegaskan pentingnya jentera parti diperkemaskan bagi menjamin kemenangan.

2 comments:

Anonymous said...

Belia kita mahu pekerjaan tapi kita beri BR1M dan tambah nilai buku dan kurangkan harga talipon 3G.

Saya mahu kurangkan belanja pecah bahagian supaya orang kita tahu yang mana bahagian tanah mereka untuk diusahakan.

Kalau tidak tanah akan terbiar atau dijual kerana ramai yang berkongsi dan ada yang tidak mahu mengusahakannya dan ada pula yang mahu.

Yang mahu hendaklah disatukan gerannya. Mereka yang tak mahu mengusahakan dimasukkan nama mereka dalam satu geran.

Anonymous said...

Saya harap orang UMNO jika tidak terpilih jadi pemimpin janganlah jadi KATAK atau pun buat camp baru anti-yang terpilih.

Kalau kita jadi katak kita masuklah parti DUIT (WANG). Benderanya gambar Yang Di Pertuan Agong.