Timbalan Presiden UMNO, YAB Tan Sri Muhyiddin hari ini sudi merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Larut di Dewan Majis Daerah Selama.
Walaupun di tengah-tengah kesibukan menghadapi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, beliau masih sempat meluangkan masa untuk bersama-sama dengan ahli UMNO di Bahagian Larut.
Kehadiran beliau yang turut disertai oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, memberikan semangat kepada kami untuk memperkukuhkan UMNO Bahagian Larut.
Kehadiran beliau yang turut disertai oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, memberikan semangat kepada kami untuk memperkukuhkan UMNO Bahagian Larut.
Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Perana Menteri dalam ucapannya turut memuji Bahagian Larut sebagai contoh dalam menyelesaikan masalah mereka.
Beliau juga menegaskan bahawa Demokrasi tetap wujud dan semangat permuafakatan itu lebih baik kerana ia akan menjadikan UMNO lebih kuat kerana tiada sebarang perpecahan.
Sebarang perbalahan hanya merugikan parti terutama di Perak yang berdepan dengan Pembangkang yang masih mahu mencetuskan kekacauan kerana rasa tidak puas hati mereka selepas kehilangan Kerajaan yang dibentuk kira-kira 11 bulan ke tangan BN.
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. Kerana akhirnya UMNO Bahagian Larut dapat mengadakan sidangnya setelah tertangguh beberapa kali kerana kemelut yang dihadapi.
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. Kerana akhirnya UMNO Bahagian Larut dapat mengadakan sidangnya setelah tertangguh beberapa kali kerana kemelut yang dihadapi.
Saya juga mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Ketua dan Ahli-Ahli Cawangan yang telah sekali lagi memberi mandat dan kepercayaan bagi saya mengetuai Bahagian Larut.
Kini, Bahagian Larut kembali sebagaimana biasa dan menjadi perwakilan di Persidangan Agung UMNO Malaysia yang akan diadakan dari 13 hingga 16 Okt. ini di PWTC.
Saya Berharap apa yang telah berlaku dijadikan iktibar untuk memperkukuhkan lagi Parti bagi menghadapi Pilihanraya UMUM ke 13.
Tumpuan sudah tentu bagi menghadapi PRU yang akan datang dan persediaan seharusnyalah di lakukan dari sekarang.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Mohd Daud Mohd Yusof yang juga ADUN Selama, Naib Ketua Bahagian, Fauzi Kassim, Ketua Pemuda, Anuar Ariffin, Ketua Pergerakan Wanita, Hajjah Sawifah Yahya dan Ketua Puteri Bahagian, Azariah Bidin adalah diantara mereka yang hadir.
Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin yang juga Timbalan Menteri dan ADUN Batu Kurau, Datuk Kapt. Haji Najmuddin Alias, yang juga Bendahari Bahagian serta Ketua-Ketua Bahagian di Perak serta bekas-bekas Ketua Bahagian, Datuk Mohd Ali Mat Isa dan Haji Kassim Mahmud dan Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Datuk Mahmud Murshidi juga hadir.
Persidangan tersebut berjalan dalam suasana kekeluargaan sambil bermaaf-maafan di bulan syawal yang mulia ini.
Persidangan tersebut berjalan dalam suasana kekeluargaan sambil bermaaf-maafan di bulan syawal yang mulia ini.
6 comments:
akm dato...
Suka saya dengan tajuk "Perpaduan adalah kunci kekuatan UMNO"
Ini seperti cth yang di tunjukan oleh para pemimpin UMNO..
seperti kita di larut la..macam dato dengan dato Hamzah, macam dato dengan Yab (B) Kapten....Perpaduan yg terjalin begitu akrab sekali...itulah kekuatan kita...
jauhilah dengki, karana dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar. dan yang terbaik diantara kalian adalah mereka yang berakhlak paling mulia. (nabi muhammad s.a.w.).salam aildil fitri maaf zahir dan batin.
IKlan........
Angah kan mak dah cakap naik moto susah, Tengok!!!.......(tayar pancit)
Angah kan mak dah cakap naik moto susah, Tengok!!....(kena hujan)
Angah kan mak dah cakap naik moto susah, Tengok!! ...(kena becak)
Angah kan mak dah cakap naik Bas kan senang.....
Iklan menipu MELAYU......Nak naik bas apa..bas pon tak dak..naik brek sapu la....
salam,
saya org melayu anak selama, tak terlibat sgt dgn politik nih ... pernah juga mengundi BN dan pembangkang ..undi ikut isu ...
nak komen sikit pasal pemilahan TS Isa samad sebagai calon BN di bgn Pinang ....
Nampak gayanya Umno masih tak mau belajar daripada kesilapan lalu ....
memilih org yg terang2an mengamalkan rasuah sebagai calon biar pun dia popular disitu adalah satu kesilapan besar umno yg pastinya akan dihukaum dalam PRU 13 nanti ..biarpun TS Isa bisa menang di Bgn Pinang tetapi natijahnya akan merosakkan kredibility umno dalm jangka masa panjang .. tindakan itu pasti akan mendapat penolakkan rakyat di seluruh malaysia nanti ... pikir2kan lah
To > tabuan ... benarkah ia terjadi seperti itu , ana kabir mushkil,lepas perak jatuh kat PR , banyak kabar angin : dun larut dah nak melompat .... betul ke tuuu ... Dato Raja . Ladang Kambing dah siap ke ? Cpt, Bas nak p teping dah ade ke ? kitab dah abis jual ke ?... walaupun saya ni penyokong tegar PR tapi saya respet kat cpt ni tau halal - haram so kalu tak jual kitab mana nak dpt duit jaga org kampung , PRU 13 lawan le perlemen Cpt....tapi yg org dok sakau tu Cpt kena tengok sikit bukan org lain kerabat kita juga
Dato Hamzah Ni .. Ana tak kenal sangat org luar ke ?sapa dia ....

Post a Comment