Template by:
Free Blog Templates

27 October 2009

Remaja Digalakan Menceburkan Diri Dalam Ekonomi

Kubu Gajah, Selasa 27 Okt. - Seperti biasa, bila ada kesempatan di kawasan Saya akan meninjau anak buah yang sedang menceburkan diri dalam bidang ekonomi.

Ketika di Pekan Ijok, saya telah diminat oleh seorang penjaja goreng pisang yang telah menunggu sekian lama untuk mendapatkan bantuan MARA Daerah untuk mengembangkan perniagaan beliau.


Beliau kini melakukan jualan pisang goerang setiap petang di Pekan Ijok diatas resab Jalan, tetapi jika bantuan MARA itu diterima beliau lebih yakin untuk menjalankan perniagaan tersebut.

Kebetulan semalam ada Mesyuarat Tindakan Daerah, Saya telah membangkitkan perkara tesebut kepada pengetahuan Pejabat MARA Daerah yang telah memberi jaminan untuk membantu penjaja berkenaan secepat mungkin.

Saya juga sempat meninjau ternakan Ikan Keli di Kampung Gua Petai oleh seorang anak muda yang begitu gigih untuk tidak mahu melepaskan peluang menceburkan diri dalam bidang ekonomi.


Pada masa ini, beliau menggunakan kanves sebagai kolam untuk projek ikan keli di halaman rumahnya.

Projek tersebut jika diusahakan sebaik mungkin ia boleh memulangkan hasil yang agak lumayan terutama kepada belia yang tidak ada pekerjaan.

Ketika di Felda Ijok, Saya juga menyarankan agar para remaja di situ menjalankan aktiviti ekonomi untuk membantu meringankan bebanan mereka yang masih tidak ada peluang pekerjaan.

3 comments:

Anonymous said...

Satu usaha yang amat baik untuk menggalakkan remaja kita memceburkan diri dalam ekonomi.

Namun para remaja ini juga perlu ditanam semangat untuk memajukan diri untuk bersaing secara sihat agar sama-sama boleh merasai kemakmurannya.

Kemajuan yang dicapai oleh para remaja ini sebaik-baiknya dapat dipantau oleh pihak Dato Seri supaya segala usaha dapat mencapai matlamat.

PEMERHATI...

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas pandangan dan nasihat. insyallah segalanya akan menjadi panduan untuk memperbaiki keadaan yang memerlukan permerhatian.

Anonymous said...

Salam

minta pendapat n nasihat bg remaja / mcm kami ni nak mencubur diri dalam ekonomi .

1- semua peluang ekonomi yg ada kat kampung pun d monopoli kaun cina wal hal depa tak sampai 5 % pun ,mana koporasi melayu kampung ?
2- peluang ada d depan mata pun d sapu oleh org luar ... contoh ladang kambing d beri kapada syarikat luar . mengapa ini terjadi ?