Template by:
Free Blog Templates

24 October 2009

Benarkan syarikat rokok taja kembali


IPOH - Kerajaan diminta membenarkan semula syarikat rokok membenar semula syarikat rokok menaja acara sukan bagi mengatasi masalah kecyangan yang melanda persatuan persatuan bola sepak negeri.

Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin RajaOmar (gambar) berkata, langkah berkenaan sangat penting selepas banyak persatuan bola sepak negeri pada masa ini sering `sesak'.

Mereka bukan sahaja kehilangan banyak punca kewangan malah tidak mampu menampung kos pengurusan berjumlah lebih RM3 juta setahun.

Katanya, sebelum ini sebuah syarikat rokok memberikan tajaan kira-kira RM40 juta setahun dari persatuan bola sepak negeri pula mendapat lebih kurang RMl juta daripada tajaan tersebut.

"Saya akan membuat rayuan kepada kerajaan nanti supaya mempertimbangkan semula larangan tersebut kerana persatuan bola sepak negeri memerlukan pembelanjaan besar untuk pengurusan dan pem bangunan sukan," katanya pada majlis jamuan Aidilfitri Maju Perak Berhad di sini, semalam.

Syarikat rokok itu menamatkan kontrak dengan FAM pada 2004 ekoran ketetapan Rangka Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC) pada konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2003.

Melalui konvensyen yang disertai 192 negara termasuk Malaysia telah bersetuju mengharamkan atau mengenakan sekatan terhadap pengiklanan, penajaan dan promosi tembakau.

Raja Ahmad Zainuddin yang juga Pengerusi Maju Perak Berhad Berkata, walaupun WHO melarang syarikat rokok menaja acara sukan, masih ada pasukan bola sepak negara dunia ini ditaja oleh syarikat pengeluar rokok.

“Lagipun saya melihat penjualan tembakau tidak diharamkan dan saya tidak Nampak sebab kenapa kerajaan tidak boleh mempertimbangkan semula larangan berkenaan,” katanya.

Disamping itu, beliau mancadangkan kerajaan supaya memberikan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat swasta yang menaja sukan seperti yang diamalkan di negara-negara maju.
Katanya langkah tersebut dapat menggalakkan penglibatan syarikat swasta dalam pembangunan sukan negara.

“Pada masa ini, syarikat swasta keberatan untuk menaja sukan kerana tidak diberikan pengecualian cukai, ini bermakna mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak duka kali jika menaja sukan,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

salam dato raja

saya tidak menyokong sebarang usaha untuk rokok menaja sukan kita..saya minta maaf, saya tidak kompromi dengan rokok ini..sukan untuk kesihatan, rokok membinasakan

pemuda kpg paya

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

sebenarnya saya pun dah berhenti merokok dah lama. tetapi syarikat rokok sebelum ini telah memberi pendapatan kepada negara lebih 4 billion ringgit setahun. kita cuma hendak penajaan, soal kempen keburukan merokok kita tidak persoalkan. di negara-negara lain, mereka tidak menghalang syarikat rokok menaja bola sepak atau mana-mana sukan bagi menggurangkan bebanan badan-badan sukan. apa pun terima kasih diatas pandangan.

PakManJutawan said...

Saya mempunyai cara untuk menjana pendapatan bagi menampung kewangan PAFA. Takkan selamanya hendak mengharapkan ikhsan dari orang lain. Jika YB setuju, boleh kita berbincang dengan lebih lanjut.