Alhamdullilah dan bersyukur diatas kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihanraya Kecil Dewan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Tahniah kepada Calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad yang memperolehi majoriti 5, 435. Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu mendapat 8,013 undi manakala lawannya daripada Pas memperolehi 2,578 undi.
Tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diatas kemenangan ini, selain Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hassan dan seluruh jentera BN yang terlibat dan bekerja keras bagi mempastikan kemenangan ini.
Kemenangan di Bagan Pinang amatlah dinanti-nantikan kerana selepas sembilan Prk yang diadakan BN cuma menang di DUN Batang Air, Sarawak.
Kemenangan ini juga jelas bahawa rakyat masih meletakan kepercayaan kepada BN dan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.
Begitupun, kemenangan ini hanyalah permulaan, kerana perjalanan BN masih lagi jauh yang harus melalui onak dan duri bagi menempatkan semula di hati rakyat.
Namun, selepas berlaku peralihan kuasa dan kepimpinan BN kepada Datuk Seri Najib, rakyat telah mula kembali dengan keyakinan bahawa Parti yang diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein itu masih lagi mampu membela nasib rakyat.
Barangkali apa yang berlaku di Perak, selepas Pakatan Pembangkan gagal mempertahankan Kerajaan dan kemelut mereka yang berpanjangan di Selangor dan Pulau Pinang telah mula mengubah fikiran rakyat untuk kembali semula kepada BN.
Krisis kepimpinan dalam MCA juga tidak mempengaruhi pendirian Masyarakat Cina. Malah, Saya sendiri melihat di hadapan mata saya, di satu perhimpunan yang dianjurkan oleh MCA di Teluk Kemang, sambutan kaum Cina amatlah menggalakan ketika menyambut kehadiran Tan Sri Isa.
Pemilihan Tan Sri Isa juga menjadi faktor kemenangan BN kerana bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu bukan sahaja disenanggi oleh Masyarakat tempatan, bahkan juga rekod cemerlangnya sebelum ini.
Pendek kata pemilihan Tan Sri Isa yang saya kenali ketika sama-sama dalam Pergerakan Pemuda UMNO dan di Parlimen, amatlah tepat sekali.
Kemamtapan Jentera BN yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin juga menjadi faktor utama, selain kewujudkan semangat perpaduan dalam UMNO dan BN itu sendiri.
Kempen yang disusun juga menepati sasaran dan lebih manis lagi ialah kemenangan BN di semua peti undi dan sesuatu yang sukar dicapai dalam sesuatu pilihanraya.
Apapun BN telah menang. Hanya dengan lafaz rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. Kepada Pengundi di Bagan Pinang, terima kasih yang tidak terhingga kerana telah membuat pemilihan yang tepat.
Saya juga harap Pihak Pembangkang menerima kekalahan ini secara gentleman, sebagaimana BN menerima kekalahan di Prk yang lain. Barangkali kemenangan BN ini ada hikmahnya untuk membuat hari Pembangkang khususnya Pas untuk melihat semula pentingnya Perpaduan.
Saya yakin dan percaya BN tidak akan mempersia-siakan segala harapan dan amanat yang telah diberikan oleh Pengundi di Bagan Pinang.

6 comments:
Nala tidak hairan kalau UMNO sudah menang di DUN Bagan Pinang.
Pertama nya DUN bagan Pinang memang kubu kuat UMNO totok yang akan pangkah UMNO juga walaupun calun nya hanya sebiji kepala babi sebagai ganti calun UMNO. Kerana itu lah perangai UMNO totok.
Kedua, DUN Bagan Pinang ada lebih 4000 pengundi pos.
Jika Isa Samad bertanding di luar Bagan Pinang, misalnya di Perak atau Selangor pasti dia akan hilang wang pertaruhan nya.
moga aidilfitri ini mengikat kembali hubungan silatulrahim di antara kita,..
seperti mengikat kembali hubungan dato raja dengan dato hamzah, mengikat kembali hubungan dato dengan kap(B)najibmudin ilyas..
eh dato bila nak bagi balik van UMNO kepada UMNO batu kurau.....semua angkut letak kat Selama
Jangan lah bila kita menjerit sebagai pembela bangsa Melayu, tetapi orang Melayu masih lagi naik kereta sapu, seperti di Batu Kurau, Jangan lah kita memekik UMNO membawa kemajuan untuk orang Melayu tetapi Pekan Batu Kurau masih lagi pekan koboi. Jangan lah kita Memekik tanpa kita Melayu akan hilang kuasa tapi dalam masa yang sama kita yang menebang balak dan orang Melayu kampung minum air paip tanah merah.
"Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utama Kan" bila rakyat mengadu kepada wakil rakyat yang di pilih, tentang masalah rakyat misal nya tiada kemudahan pengangkutan awam, jalan masuk ke kampung yang sempit, sukar untuk berselisih bukan sahaja dengan kereta tetapi dengan motorsikal, maka wakil ini akan mencari dan memberi pelbagai alasan. Tetapi sewaktu berkempen semua boleh buat. Sampai bila nak bagi alasan yang tak masuk akal tersebut.
nak baca lagi sila ke tabuan blogspot
Tabuan..perkara ni ada sebabnya kenapa perkara ini terjadi..saya tak pasti samaada saudara tabuan ada buat research tentang masalah pekan koboi, kereta sapu dan paip tanah merah..
sepanjang pengetahuan saya selama dibatu kurau..tanah di kawasan pekan adalah tanah persendirian..so tuan tanah ada hak atas tapak kedai berkenaan, kita boleh buat kedai dgn cantik jika kerajaan merampas tanah dan membayar pampasan..tapi takkan kerajaan nak buat macam tu..tapak & plan mmg sudah ada..semua kedai akan dipindah kan ke tapak sementara disepanjang depan tokong cina hingga ke rumah bekas YB dulu tuh. jika tuan tanah tak nak nak buat macam mana?
tentang pengangkutan awam tuh..
syarikat mana nak melabur nak sediakan pengangkutan awam ni?kalau dah tahu akan Rugi..
hampir majoriti oarng2 kampung lebih selesa naik motor, keta & prebet sapu ke pekan..ini adalah realiti..saya tak pasti jiak PAS memerintah..mereka akan sediakan Bas sebagai kebajikan (Amba dulu last naik bas dibatu kurau 2,3 penumpang je ke taiping) untung ke?berapa gaji driver bas tuh?maintenance?minyak?..
air paip tanah merah ni kat KL pun terjadi..
cuma kes balak nih biasala..
tunjukkan bukti pemimpin larut berjanji?
munkin dikawasan lain..dulu masa amba masih belajar di U..pernah juga ke ceramah politik UMNO di batu kurau.Kapten Najimuddin berkata..dia tak akan janji apa2..kalau dia menang baru dia akan berjanji..kalau amba pekak masa tuh tak tau la..tapi itu yang amba dengar
Adun lagi amba tak tahu..
Ini bukan Alasan, tapi bukti..
bukan semua kita boleh lakukan..
amba pun banyak tak puas hati..
tapi bersyukur apa yang ada..
nanti tabuan kena masukkan isu ini dalam mesyuarat UMNO bahagian Tabuan..kalau masukkan dalam mesyuarat PAS bahangian mmg tak dapat la..
kepada anon 22.27...sampai bila nak di tempurungkan......
Mintak maaf bercakap, kalau macam tu sampai bila? adakah apabila Malaysia muncul sebagai negara maju penduduk Batu Kurau masih lagi naik brek sapu...
Kalau dah tak boleh nak bawa kemajuan dan kemudahan untuk penduduk adalah lebih baik batu kurau dan larut tak payah ada pemimpin...sebab tiada guna nya pemimpin yang kita pilih ini.
Bila ada pemilihan jawatan rebut macam nak gila, tetapi kebajikan rakyat di abaikan..
Saya meleleh air mata bila melihat makcik dan pakcik yang berjuang untuk UMNO, berjuang untuk negara, tetapi ternga-nga dan termanggu dok tunggu 'kereta' kerana nak ke pekan taiping ambik duit anak kirim..
tolong lah jangan jumud dan kaldai akal fikiran kita...
kalau perlu buat pekan batu kurau baru, buat pekan baru..
Saya percaya dan amat yakin sekira nya "BAS" di adakan dan perjalanan mengikut waktu pasti akan untung..memberi khidmat kepada masyarakat kita jgn fikir untung yang besar...
Kalau bas panjang rugi,.guna bas pendek..kapasiti 15 penumpang...
Saya cadangkan bas tersebut perjalanan nya dari taiping ke pekan batu kurau sahaja tak perlu masuk Kampung lagi..
Kalau tiada syarikat nak buat berikan kepada peladang batu kurau, Pump minyak boleh bagi kat peladang...
Pasal air paip tanah merah sepatut nya syarikat balak yang untung tadi bagi kena bayar kepada penduduk kos untuk masuk paip air kerajaan, dan bil tersebut perlu di tanggung setengah oleh kerajaan negeri..mereka yang melakukan kerosakan maka mereka lah yang bertanggungjawab...
Tabuan: Bas rapid belambak tersadai dekat rawang kalau tak salah...sedekah la sebijik dua kat batu kurau...apa org pekan je tau naik bas orang kampung tak pandai
Kepada tabuan,
Saya tidak pasti apakah makna tuan maksud sampai bila nak ditempurungkan
mungkin tabuan merasakan komen2 saya banyak Pro kepada pemimpin UMNO dan sekaligus komen2 ini adalah komen orang yang jumud. Saya sudah terangkan sebelum ini, saya bukan bercakap atas kapasiti seorang pemimpin, tetapi rakyat yang kena juga ambil tahu setiap permasalahan. Apa dan kenapa..sebab itulah saya syorkan saudara berjumpa atau bertemu atau menghadiri setiap sesi bersama pemimpin di Batu Kurau..saya tidak pasti anda ada berjumpa mereka..saya sendiri berjumpa dgn datuk raja, kapten, haji daud dan ketua pemuda. Dan jawapan yang diberikan akan saya nilai. Oleh sebab itulah komen2 saya sendiri mempunyai jawapan..kecuali isu balak..saya tidak pasti area mana yang saudara maksudkan..saya jumpa pun di kenduri kendara, tak perlu formal, siap pekat petani lagi.
Saudara tabuan masih belum mahu menerima hakikat bahawa orang2 batu kurau lebih selesa guna pengankutan sendiri untuk bergerak, hampir 3,4 buah syarikat bas bungkus kerana rugi..bas pendek tuh(Bas Kuning putih macam bas mini)..kalau saudara pernah lihat la..konsep perniagaan mestilah keuntungan..bukan kebajikan..dan syarikat Bas adalah swasta, bukan kerajaan. Itu saudara tabuan kena terima..negara maju harus lah mempunyai rakyat yang mempunyai mentality yang baik..lihatlah kempen guna pengangkutan awam dan kongsi kenderaan kat KL nih..saudara tgok sendiri jalan2 di LDP, MRR2 semua tetap jem, cuba tgok pemandu sorang saja..tiada penumpang..berbalik kepada Batu Kurau tadi, bas mmg diperlukan, tetapi mungkin tidak sekarang. Saudara cuba check Bas area selama..berapa mereka untung?(Bas Merah).
Kalau larut takde pemimpin lagi susah tu tabuan..kita jgn ingat setakat isu macam ni terus nak tolak kerajaan..satakat 2,3 isu dari beribu isu..tak adil lah..kita selalu berkata tentang kemajuan..dari segi apa kemajuan tersebut..dengan adanya bangunan cantik kira maju ke?
Silap juga si anak tuh..masukkan la duit dalam BSN..
Berkenaan pekan koboi dah explain sebelumni..tanah persendirian..
Bas dari BT kurau ke Taiping sahaja? Ok jugak la tuh…
Nampaknya Peladang kena tanggung rugi la plak pasal BAS nih
Pasal paip air tanah merah ni susah la nak jawab..tak tahu hujung pangkal..
Tapi kalau hujan mmg air bukit tu warna merah..
Bagus jugak cadangan tuh..saper tokei balak yang buat tu? Syarikat mana?
Mmg sepatutnya diorg kena tanggungjawab la..
Kena masuk TV3 nih..
Bas boleh sedekah-sedekah ke?
Post a Comment