Template by:
Free Blog Templates

27 October 2009

Tragedi Oktober Di Kuala Dipang


Pada mulanya, Saya menjangka berita yang diberitahu Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, malam tadi yang kebetulan kami terserempak di sebuah restoran di Bandaraya Ipoh, malam tadi, mengenai kejadian murid Sekolah Rendah, Kuala Dipang, jatuh lemas kes biasa.

Tetapi, merasa terkejut bila mendapat tahu peristiwa sebenar yang berlaku membabitkan 22 orang pelajar yang sedang menyertai kem kokurikulum 1 Malaysia di situ, jatuh selepas Titi Gantung behampiran tempat tinggal mereka, tiba-tiba roboh.

Hingga pagi ini, seorang pelajar dikuatiri mati manakal dua lagi masih hilang sementara yang lain selamat. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran tiba sebentar tadi bagi meninjau dan mendapatkan gambaran sebenar. Beliau di iringi oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Dr Zambry sebaik menerima berita kejadian tesebut, malam tadi telah bergegas ke tempat kejadian bagi mendapat maklumat dan membantu usaha menyelamat pelajar berkenaan yang terlibat dalam kem yang dipilih dari beberapa buah Sekolah Rendah sekitar Daerah Kampar.

Difahamkan, Titi berkenaan baru sahaja siap dalam masa dua minggu yang lalu. Ketika kejadian itu berlaku.

Persoalannya sekarang, siapa yang hendak disalahkan mengenai kejadian tersebut? Jika pembinaan titi tersebut tidak mengikut spekfisikasi, apa kah tindakan keatas Kontraktor yang terlibat?

Kita selalu bila terantuk bila ternada. Barangkali tiba masanya, pihak yang berkenaan menyemak semula semua projek titi dan jambatan kegunaan awam yang barangkali berada dalam keadaan bahaya dan tidak selamat digunakan.

Di Kawasan DUN Saya sendiri pun masih banyak lagi titi gantung dan titi kayu. Kenapa semua projek ini tidak digantikan dengan titi atau jambatan konkrik yang lebih baik, selesa dan selamat?


Baru-baru ini sebagai contoh, sebuah titi gantung di Kampung Sangkut, Ijok telah putus dan telah dimaklumkan kepada Pejabat Pembangunan Negeri untuk mendapatkan peruntukan segera sebanyak RM 30,000. Semalam di Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), perkara ini juga telah Saya bangkitkan.

Andainya kejadian yang berlaku di Kuala Dipang itu disebabkan kecuaian Kontraktor, maka pihak yang berkenaan seharusnyalah menyenarai hitamkan mereka, malah pastikan mereka ini tidak akan berpeluang lagi mendapat mana-mana projek Kerajaan.

Saya juga berharap sebuah Jawatankuaas Khas segera ditubuhkan bagi menyiasat secara terperinci mengenai punca kejadian tersebut.

Ingatan Saya masih subur mengenai peristiwa sedih Feri tenggelam yang melibatkan ramai Pelajar Sekolah di Bandar Bahru, sedikit masa dahulu yang mengorbankan banyak nyawa.


Pihak Kementerian juga sewajarnya mengambil langkah mengeluarkan garis panduan mengenai sebarang progra kokurikulum mempastikan segala pesiapan dan keselamatan murid terjamin. Jangan mengadakan sebarang program sekadar, melepaskan batuk ditangga. Jika persiapan tidak memuaskan, tangguh dahulu program seumpam itu, jangan hanya sekadar hendak mencapai KPI semata-mata.

Seperti kata perpatah Inggeris, Biar Lewat daripada Tiada Langsung. Mengenai kejadian di Kuala Dipang ini, jangalah kita menuding jari, sebaliknya sama-sama membantu mencari jalan supaya peristiwa seumpama itu tidak berulang lagi di masa depan.

4 comments:

Anonymous said...

Yang menjadi persoalannya , adakah pemetriksaan akhir dijalankan oleh pihak bertanggungjawab dilakukan atau belakang kira atau lain lain hal. Saya cakap begini kerana terdapat pegawai yang sepatutnya memeriksa sebelum sesuatu projek diluluskan lepas tangan atau .....

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

itu lah yang menjadi persoalan. seharusnya sebelum sesuatu projek itu hendak luluskan mestilah pemeriksaan dibuat terlebih dahulu. jika di kampung, ketua kampung itu sendiri mesti dirujuk terlebih dahlu bagi mempastikan kerja-kerja dibuat mengikut spekfikasi.

Anonymous said...

kita orang kampungni kadang jarang ikut prosedure..harap pegawai2 atau pun jurutera dapat amanah..jgn ingat orang kat kampung nak tipu ja..ikhlas la sikit..

Pemuda kpg paya

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

saya akan desak agar sebuah jawatankuasa petugas ditubuhkan bagi mempastikan setiap projek yang dilaksanakan di peringkat kampung dibuat mengikut spekfikasi dan peraturan. jawatankuasa ini mestilah terdiri dari mereka yang pakar termauk bahagian teknikal.